CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Stres Asyik Kalah Dengan Claw Machine, Rupa-Rupanya Ini Cara Guna Yang Betul

13-9-2018 01:52 PM| Diterbitkan: Bilissey| Dilihat: 21123| Komen: 56|Original author: Oleh: Bilissey

Setiap kali pergi ke pusat beli belah, tentunya kita akan terserempak dengan mesin anak patung bukan? Mesin ini digelar sebagai "claw machine" atau "UFO Catcher". Mesin ini kebiasaannya menyediakan anak patung sebagai ganjaran sekiranya kita berjaya menyepitnya dan membawanya ke lubang khas. 

Kedengaran cukup mudah, namun bagi mereka yang pernah mencubanya pasti mengakui betapa sukarnya untuk berjuang semata-mata demi sebuah anak patung comel yang terperangkap dalam kotak kaca! Pasti kita berasa seolah-olah seperti juara terutama jika kejayaan kita disaksikan oleh penonton yang berasa terpukau dan cemburu melihat kita berjaya mendapatkan sebuah anak patung.

Foto: Facebook
Untuk mendapatkan sebiji patung, bukan mudah. Ringgit demi ringgit dilaburkan. Token demi token dimasukkan. Oleh itu, penulis ingin berkongsi beberapa tips yang diambil daripada beberapa pemain handalan seperti Angel dan Crystal (daripada Channel Plush Time Wins), Ani Nurhayani (Youtuber Indonesia) dan Chen Zitong (pemain dari China yang memenangi 15,000 hadiah sepanjang tempoh 1 tahun 6 bulan). Tips berikut diadaptasi dan ditulis setelah dicuba sendiri oleh penulis (penulis berjaya mendapat lapan anak patung dalam masa setengah bulan dengan modal kurang RM100).


Yang pertama, pilih anak patung yang berhampiran dengan lubang. Anak patung begini lebih mudah untuk diangkat dan dijatuhkan ke dalam lubang. Jika terlepas dari sepitan, mungkin akan termelantun ke dalam lubang. 

Yang kedua, cuba untuk sepit di bahagian yang berat. Kebanyakan patung mempunyai kepala yang besar, oleh itu, cubalah sepit di bahagian kepala. 

Seterusnya, pilih patung yang berada dalam keadaan terlungkup kerana ia lebih mudah untuk diambil. Jangan memilih patung yang berada berdekatan antara satu sama lain, kerana mungkin penyepit anda tersangkut di patung bersebelahan dan merendahkan kebarangkalian untuk anda mengangkat patung tersebut.

Foto: Barcroft
Jika sepit yang terdapat pada mesin tersebut tidak mampu menyepit langsung anak patung dalam tiga kali cubaan, sila tinggalkan mesin tersebut. Hal ini demikian kerana ada sesetengah mesin yang telah ditetapkan dengan tetapan tertentu. Ada mesin yang hanya akan menggenggam kuat pada setiap 20 kali percubaan (ditentukan oleh pemilik mesin yang tentunya mahukan lebih keuntungan). Hal ini diakui oleh Chen Zitong yang mengatakan ada dua jenis mesin, iaitu mesin yang telah ditetapkan dengan aturan tertentu dan mesin yang bergantung kepada kemahiran pemain. Oleh itu, jangan hanya fokus dan berhabis duit kepada satu-satu mesin. 

Selain itu, pilih mesin yang mempunyai banyak anak patung dan aras anak patungnya adalah lebih tinggi daripada lubang. Pilih juga mesin yang mempunyai kadar drop skill yang rendah iaitu mesin yang akan terus menggenggam kuat anak patung sehingga ia dijatuhkan ke dalam lubang (bukannya mesin yang menjatuhkan anak patung setiap kali ia berjaya disepit).

Foto: ginny-letyourlightshine
Untuk mendapatkan anak patung, tidak dinafikan kita memerlukan kemahiran dan juga keberuntungan. Jangan panik semasa mengawal joystick dan jangan terlebih gembira setiap kali mesin berjaya menyepit anak patung. Kegembiraan sesaat biasanya membawa harapan palsu. Anda hanya boleh gembira sekiranya patung tersebut benar-benar telah jatuh ke dalam lubang!

Anda boleh menonton Channel Youtube dengan kata carian "claw machine" untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan perasaan untuk mencuba. Jangan percaya dengan sebarang hacks kerana tidak ada sebarang teknik khas untuk menggodam mesin. Semuanya bergantung kepada kepakaran atau keberuntungan. Selamat mencuba! -CARI
34

Bagus
19

Marah
16

Terkejut
9

Sedih
20

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skinsandstars 13-9-2018 02:01 PM
Meh. I dunno why people suka buang duit kat sini.{:nose
Quote noorhairiahma 13-9-2018 02:28 PM
suka2 nak cuba nasib disamping menghabiskan duit....
Quote zuuu 13-9-2018 02:28 PM
Sekali je aq dapat anak patung dripada mesin ni,2 pon yg paling kecik
Quote rosasen 13-9-2018 02:41 PM
nekad nk blajar cara dptkan patung dari mesin ni..geram asyik x dpt jer
Quote Ferr_Remy 13-9-2018 02:43 PM
Faveret aku ni, tp aku x caya tips2 kat sni. Diorg mmg da setkan timer, dlm 100 or 1000 bru blh dpt. Ikut luck la. Anyway, aku da pnh dpt patung Doraemon n Sinchan etc. Satu tips plg berkesan, korg pilih machine yg org lain da pakai dpn korg tp x dpt ape2 sbelum tu. Percentage die tinggi skit.
Quote shernazz 13-9-2018 02:56 PM
Iols oenah dot skali je
Patung hello.kitty
Niat nak stitch..tp.xpe.la..janji dpt..
Anak.iols.cukup suka.menda neh...
Harapan palsu okeh...satu hal plak iols nak.kena.beli coklat pujuk depa
Quote umbut 13-9-2018 02:58 PM
Kat rumah ni pun sebakul patung x tau nak buang mana.. lagi tambah patung.. tapi suka2 oklah
Quote saviour_09 13-9-2018 03:00 PM
gigih beli token main menda ni
modal token tu sendiri dah boleh beli 3 4 ekor patung macam dalam tu

tapi tu la
kepuasan kot
Quote MadameOnion 13-9-2018 03:04 PM
dah la stress, tak sedaq pulak duit habeh asik pi tukaq dgn token..last2 menyesai..baik la duit tu pi buat minum stabak
Quote Eva_yy_Ellin 13-9-2018 03:22 PM
My favourite. Hahaha
Tapi saya hanya aim Shin Chan sahaja.
Mesin yang tak ada patung Shin Chan, saya tak main.
Pernah dapat dua kali
Kepuasan tu macam dapat hadiah cabutan bertuah
Quote Artemesiaa 13-9-2018 03:26 PM
Kalau saja2 nak pass time suka je cuba
Quote tomaz 13-9-2018 04:24 PM
Baik gi kedai beli terus je. Kalau yg ni duit dah abis x dpt2 jgk
Quote nishikido 13-9-2018 04:44 PM
Main benda ni tak pernah dapat sebab I jenis tak sabar..nak fikir and tengok satu persatu mana patung yang paling berpotensi nak masuk memang taklah..bila xdapat I yg stress.tambah stress bila member sebelah duk pulun banyak,dia cakap kena tenang dan pandai pilih..tapi I ikut xpernah dapat pon..last2 I elak dari main benda ni,jimat duit..hati pon tenang.lulz...  
Quote whitePoison 13-9-2018 07:49 PM
Sepanjang hidup ni baru 2kali jeh dapat itu pun patung itik dengan ikan geram tak yah cakap laa
Quote alien88 13-9-2018 08:15 PM
iolls pernah try tp hampeh xpernah dpt pon tp abg iolls tersgt terer main benda ni, mesti akn dpt punya.. so, setiap kali birthday budak2, dia akn bg patung dr mesin ni, save bajet katanya, hihi
Quote lkick2113 13-9-2018 08:35 PM
Aku pernah dapat patung Hello Kitty... Bg anak pompuan pastu
Quote RatuDunia94 13-9-2018 08:54 PM
Iols pernah dpt sekali je tp yg kecik lah.. yg mesin iphone, ipad dah susah nk jumpa..
Quote putriTS 13-9-2018 11:06 PM
Dulu2 slalu je dpt kalau main machine ni...tapi lately ni I perasan dorang dah elevate sikit 'floor' patung2 ni, yg bila claw tu jatuh ke bawah untuk grab, dia tak dpt nak drop habis. yg mcmni, memang susah gile nak menang.
Quote chicozinn 13-9-2018 11:12 PM
Gigihnya buang duit..meollss g kedai eco shop kedai brg2 rm2 berlmbak ptung dpt..lg puas hti siap leh plih2

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065809 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top