Jaket tersangkut pada rantai dan gegancu (sprocket) motosikal dinaiki menjadi punca seorang lelaki berusia 35 tahun maut. Motosikal yang dianikinya dipercayai terbabas dalam kemalangan di Kilometer 14.8 Lebuh Raya Butterworth-Kulim.
Berita Harian melaporkan, mangsa Teh Chin Tatt yang membonceng bersama bapanya, Teh Bah Kechee, 69, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Difahamkan mangsa dalam perjalanan ke Butterworth namun jaket putih yang dipakai mangsa tersangkut pada bahagian rantai dan gegancu motosikal jenis Honda EX5 itu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata,
“Ekoran itu, motosikal dinaiki mangsa bersama bapanya terbabas di laluan utama lebuh raya berkenaan. “Mangsa parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bapanya yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan." Dua beranak tersebut beralamat di Taman Bagan Jermal, Butterworth. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI
|
16
Bagus |
10
Marah |
9
Terkejut |
20
Sedih |
13
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zeed replied at 7-9-2018 04:18 PM
jangan pakai jaket terbalik. bahaya.
ADVERTISEMENT