CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Projek Pangsapuri Desa Pandan Mendap

11-9-2013 03:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4080| Komen: 52

Ampang, 11 September : Penduduk sebuah pangsapuri di Jalan Desa Pandan, di sini, gempar dengan dentuman sebaik tapak projek pembinaan pangsapuri servis yang dalam pembinaan di kawasan berhampiran tiba-tiba mendap.


Kejadian  jam 8.30 malam kelmarin itu dipercayai berlaku selepas hujan lebat yang melanda sekitar Lembah Klang.

Seorang penduduk, Azizul Hanafiah, 29, berkata, dia mendengar dentuman kuat selepas hujan berhenti dan pada mulanya  menyangka ia bunyi guruh.

Beliau yang tinggal di pangsapuri terletak kira-kira 100 meter dari tapak pembinaan itu bagaimanapun terkejut sebaik mendapati berlaku runtuhan di tapak pembinaan berkenaan.

“Saya lihat papan tanda, lampu elektrik dan longkang yang dibina di tepi tapak projek itu tiba-tiba runtuh.

“Malah, secara kebetulan beberapa kenderaan melalui jalan itu seolah-olah hilang kawalan berkemungkinan berpunca daripada jalan menjadi senget ekoran tanah mendap,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.







Azizul yang juga peniaga berkata, tanah mendap berkenaan turut membabitkan jalan utama dari arah Jalan Ampang menghala ke Desa Pandan menyebabkan jalan itu terpaksa ditutup kepada pengguna.

Difahamkan, sepasukan polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menerima maklumat mengenai kejadian itu kemudian menjalankan pemeriksaan dan mengawal laluan berkenaan.

“Kami (penduduk) ambil inisiatif menutup jalan itu kerana ia dikhuatiri berisiko untuk kegunaan pengguna sementara menunggu pihak berkuasa tiba.

“Mujur tiada kemalangan jiwa kerana ketika kejadian tiada pekerja yang bekerja. Namun kami bimbang kejadian ini akan bertambah buruk, tambahan pula banyak pangsapuri dan perumahan di kawasan sekitar,” katanya sambil memberitahu projek pembinaan itu sudah dijalankan lebih setahun lalu. 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 11-9-2013 07:25 AM
main taram je bikin rumah
x cek ke tanah tu dolu kondisinya gimana?
MPAJ sila bertanggungjawab
Quote keraskhejong 11-9-2013 07:29 AM
rumah hantu le nanti ni....
Quote Acong 11-9-2013 07:41 AM
UFB - sudah ketetapan Allah......!
Quote gaara_X 11-9-2013 07:57 AM
Dah ko buat area bukit bukau.......orang sekolah rendah pun boleh nak pikir benda cam nie.....
Quote honeynuyun 11-9-2013 08:01 AM
huhu..ngeri...pembaziran je ni..
Quote kazaraf 11-9-2013 09:02 AM
shernazz posted on 11-9-2013 07:25 AM
main taram je bikin rumah
x cek ke tanah tu dolu kondisinya gimana?
MPAJ sila bertanggungjawab

dbkl lah. hehe

Quote ad_hoc79 11-9-2013 09:04 AM
uihhh bahaya... bahaya
Quote nurfariezza 11-9-2013 11:27 AM
sdah2...kt desa pndan 2 da ckup sesak da...
xpyh la nk buat rumah da..
Quote shernazz 11-9-2013 12:02 PM
kazaraf posted on 11-9-2013 09:02 AM
dbkl lah. hehe

ni dbkl ek?

malu ai....suke suki je ai marah tadik
Quote shernazz 11-9-2013 12:02 PM
nurfariezza posted on 11-9-2013 11:27 AM
sdah2...kt desa pndan 2 da ckup sesak da...
xpyh la nk buat rumah da..

dia nak sampai jatuh ke paras laut kot, baru nak stop...
Quote nurfariezza 11-9-2013 12:22 PM
shernazz posted on 11-9-2013 12:02 PM
dia nak sampai jatuh ke paras laut kot, baru nak stop...

kan...
dlu i pnah stay kt area cne jgak..
pnat tiap2 ptg nk hadap jem..
i tgk ade 1 apartment yg t'bengkalai sbb xdpt klulusan kot..



Quote shernazz 11-9-2013 12:31 PM
nurfariezza posted on 11-9-2013 12:22 PM
kan...
dlu i pnah stay kt area cne jgak..
pnat tiap2 ptg nk hadap jem..

i see...gile lah
sana tu cm padat sangat la, tengok je pon dh tau....

nak buat mcmana kan..memasing nak bikin kondo la, apartment la...adoi..
Quote nurfariezza 11-9-2013 12:35 PM
shernazz posted on 11-9-2013 12:31 PM
i see...gile lah
sana tu cm padat sangat la, tengok je pon dh tau....

tau xpe...
nk develop yg bru lg..
da r parking pn terhad..
i da bpe kli kne saman ngn dbkl...
Quote azre 11-9-2013 12:36 PM
ni la akibat pemaju berlumba2 buat rumah / condo mewah....pihak berkuasa pulak seweanng2nya luluskan aje selagi boleh.....
Quote shernazz 11-9-2013 12:38 PM
nurfariezza posted on 11-9-2013 12:35 PM
tau xpe...
nk develop yg bru lg..
da r parking pn terhad..

ye ke?
pindah puchong la, relaks n mendamaikan dok atas bukti neh...
parking ok2 saja...heheheheh
cume x tahan kalo pi PJ, lalu LDP, berpeluh2 la
Quote alepmama 11-9-2013 12:44 PM
shernazz posted on 11-9-2013 12:38 PM
ye ke?
pindah puchong la, relaks n mendamaikan dok atas bukti neh...
parking ok2 saja...hehehehe ...

puchong pun banyak tanah lombong kan

Quote harimau76 11-9-2013 12:44 PM
No wonder masa aku lalu pagi smlm jln ni tutup... Tp area tu ja.. Mmg nampak jelas tanah mendap kat situ.. Mujuq building tu tak collapse..
Quote shernazz 11-9-2013 12:47 PM
alepmama posted on 11-9-2013 12:44 PM
puchong pun banyak tanah lombong kan

belah2 putra perdana, puchong jaya, tanah lombong..banyak2 mendap le depa
ai munye tempat x...
Quote nurfariezza 11-9-2013 12:47 PM
shernazz posted on 11-9-2013 12:38 PM
ye ke?
pindah puchong la, relaks n mendamaikan dok atas bukti neh...
parking ok2 saja...hehehehe ...

mmg i da pndah da pn..
kbetulan mmg i kje kt pchong..
tp xde r stay cne..
tp mmg tiap2 ari kne hadap jem jgk la..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.147729 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top