Kisah berkaitan kegemukan dan 'body shaming' nampaknya akan sentiasa diperkatakan. Sebelum ini, dunia hiburan kecoh apabila seorang aktres memalukan seorang peminat di khalayak ramai. Terbaru, heboh pula di luar negara apabila model bertubuh gempal, Tess Holliday dijadikan sebagai muka depan Majalah Cosmopolitan. Hos Good Morning Bitain, Piers Morgan telah membantah tindakan editor majalah tersebut yang berkeras mempertahankan muka depan itu bertujuan mempromosikan imej tubuh yang positif.
Morgan yang kembali ke studio GMB selepas beristirahat selama enam minggu, terlibat dalam perdebatan panas dengan editor majalah Cosmo, Farrah Stoor kerana tindakannya itu. Morgan, 53, berkata, tindakan itu sangat 'berbahaya' memandangkan Britain ketika ini mengalami krisis obesiti berterusan menyebabkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan perlu berbelanja banyak untuk menangani masalah obesiti setiap tahun. Dia menyelar majalah itu menerusi Twitter minggu lepas menyebabkan Tess, yang beratnya mencecah 136 kilogram menggelarnya sebagai seorang yang 'berfikiran sempit'. Mengulas lanjut, hos itu mendakwa dia mempunyai sebab tersendiri untuk memberikan kritikan berkenaan. "Pandangan saya mengenai isu ini adalah ia sangat berbahaya. Kita tidak seharusnya berhasrat untuk mendapatkan berat badan yang tidak sihat, terlalu kurus atau terlalu gemuk. Ia tidak sepatutnya berlaku kepada lelaki mahupun wanita. “Tindakan Cosmo meletakkan imej ini pada muka depan adalah sesuatu yang berbahaya dan salah,” ujarnya. Bagaimanapun, Farrah menempelak dakwaan Morgan itu dengan menuduhnya berfikiran sempit. “Saya memilih model ini sebagai muka hadapan kerana saya ingin orang ramai berpandangan lebih luas. Kita hidup dalam budaya yang suka menghina orang lain. Dengan penampilan model ini, mungkin ada orang yang berfikiran positif dan berfikir, ‘Imej sebegini boleh diterima dan saya tidak perlu berasa terhina’," katanya. Perdebatan tersebut telah menarik perhatian ramai pihak. Sebahagiannya bersetuju dengan Morgan dan sebaliknya. Sebenarnya, walau apapun saiz kita belum tentu ianya mempamerkan tahap kesihatan yang sebenar. Tetapi, sekiranya anda menjaga kesihatan dengan baik, pasti ia terserlah pada bentuk tubuh anda, betul tak? - CARI
|
36
Bagus |
17
Marah |
18
Terkejut |
28
Sedih |
18
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 5-9-2018 10:23 PM
Cer buang makeup.. hambikkk
gummiebear replied at 5-9-2018 10:53 PM
Haha taktau la w/o makeup cemana rupa sheols tapi iols rasa still cantik
ADVERTISEMENT