Seorang lelaki bertindak menuang petrol sebelum menyalakan api di unit urologi hospital di Georgetown, Pulau Pinang kira-kira 4.30 petang semalam.
Memetik laporan Bernama, kejadian yang berlaku di sebuah hospital swasta itu memperlihatkan seorang doktor dan tiga jururawat melecur akibat terbakar. Menurut saksi, suspek dikatakan membawa sebotol cecair dipercayai petrol memasuki sebuah bilik di unit berkenaan dan memeluk seorang doktor lelaki yang sedang bertugas sebelum mencurah petrol pada badan mereka dan menyalakan api. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Penolong Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata, api sudah dipadamkan menggunakan alat bantuan pemadam api automatik yang dipasang di dalam bilik berkenaan sebelum anggota bomba di hospital.
Siasatan awal mendapati doktor dan tiga jururawat terbabit mengalami lecur pada muka dan badan manakala suspek pula melecur di kedua-dua belah tangan, tambahnya. Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan suspek terbabit telah dtahan polis untuk bantu siasatan. “Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serta status kewarasan suspek.” Difahamkan tiga jururawat yang cedera ringan itu dalam keadaan stabil manakala doktor yang mengalami kelecuran serius sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.- CARI
|
13
Bagus |
22
Marah |
23
Terkejut |
20
Sedih |
23
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT