CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Akhirnya Keluar Kenyataan Media, DS Vida Nafi Lavida Coin Sebagai Skim Cepat Kaya

4-9-2018 03:42 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 10581| Komen: 34|Original author: Oleh: Amiey

Isu LaVida Coin oleh Datuk Seri Vida mula hangat diperkatakan apabila usahawan kosmetik itu mengumumkan mahu menukarkan hadiah kemenangan set barangan kemas yang diberi kepada juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah dengan LaVida Coin setelah penyanyi itu mendakwa barangan kemas yang diterimanya adalah palsu. 


Bank Negara Malaysia (BNM) juga pernah mengeluarkan kenyataan agar pengguna berhati-hati dengan matawang kripto. Malah, DSV Cyptoclub telah pun tersenarai dalam Amaran Pengguna Kewangan oleh BNM, iaitu syarikat yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh BNM.

Menjawab persoalan ramai, Dato Vida telah tampil dengan kenyataan media dan turut berkongsi mengenainya di laman Instagram. 


"Saya ingin menjelaskan bahawa LaVida Coin (LVC) bukanlah satu skim cepat kaya atau skim pelaburan," tegas Dato Vida.
  
Foto: Instagram Dato Vida

Tambahnya lagi, pihak LVC akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan drastik dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan BNM untuk memastikan perniagaan itu menepati kehendak pihak berkuasa dan kepentingan mereka yang terlibat juga akan dilindungi.

Foto : Instagram Dato Vida

Posting Dato Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman itu mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata enggan percaya dengan kenyataan media oleh Dato Vida dan memintanya untuk berhenti menipu.

Foto : Instagram Dato Vida
Apa pun tepuk dada tanya selera dan pilihan terletak di tangan anda. Sekiranya tidak yakin dan ragu dengan matawang kripto tersebut, pilihlah pelaburan yang lebih selamat yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. -CARI
21

Bagus
14

Marah
9

Terkejut
21

Sedih
16

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matkpop 4-9-2018 03:50 PM
otak lembam sapa yg percaya dan join lavida koin ni
Quote AshkieLa 4-9-2018 03:53 PM
amender laa business menipu orang ni..
boleh join si belon pagar..
Quote judicata 4-9-2018 03:57 PM
it is not a crypto coin!! its a token je la. kalau crypto coin... boleh guna utk online transaction. ni utk beli barang dia je
Quote armin 4-9-2018 04:00 PM
Press release sapa2 boleh tulis. Bnm dah kata haram, jgnla percaya penipu ni. Mana2 crypto currency pun takde yg legal kat malaysia ni cuma pandai2 la. But LVC ni sah2 shady gila. Korang sendiri tgk jawapan sheols kat aishah psal brg kemas tu, siap suruh bagi balik. Kalau duit korang rugi, ada dia nak bg balik? Hahaaa
Quote makneng 4-9-2018 04:02 PM
Bengong la bedah ni. Dia ingat sc n bnm nak layan pompuan tingtong cam dia ni. Mohon meninggal
Quote kucingitam 4-9-2018 04:02 PM
cuba lagi datuk..
Quote fish_o7 4-9-2018 04:16 PM
Tgh damage control nieh...Aku rase vida tak paham tang crypto currency ... Tu yg dier kene tipu ... Last2 company yg dier bg duit ilang ntah ke mane ...
Quote MadameOnion 4-9-2018 04:23 PM
keja menipu je si vida ni...dipaksanya elyana mengaku minu m pamoga buat ubat kanser, ditipunya kak ecah dgn finalis gv bagi barang kemas palsu..sekarang nak tipu lagi..vida tgh cari bisnes baru sbb ramai jugak rakyat malaysia yg consume produk dia dah berhenti..
Quote mohdcrow 4-9-2018 04:37 PM
naper macam terdesak je dia ni...bisnes pamoga dia merudum ke haper?
Quote net_level 4-9-2018 04:41 PM
authorities macam tak tegas je...
dulu kes tak bayar gst pun tutup sebelah mata jer ..
sapela yg jd kan sheols ni proxy....
Quote AbukRokok 4-9-2018 04:54 PM
1 LVC =  $0.66

wow
just wow
Quote fazila17 4-9-2018 04:55 PM
Mati hidup balik takkan mengaku ko menipu kan
Quote armin 4-9-2018 04:56 PM
net_level: authorities macam tak tegas je...dulu kes tak bayar gst pun tutup sebelah mata jer ..sapela yg jd kan sheols ni proxy....
ada org sebut nama co founder dia sebelum ni. Ex founder crypto coin jgk tp dah melingkup sbb scam org then dia ajak dsv pulak. Tak ingat nama apa tp famous jgk. Dsv ni tdk bust backfround check ke apa
Quote pearl.silver 4-9-2018 05:01 PM
Coin dia tu boleh belanja kat giant tak..buat beki barang dapur
Quote Foxey 4-9-2018 05:33 PM
Quote lee_sakura 4-9-2018 06:20 PM
dsv ni mmg bodoh la...buat aniaya org je yg join skim die tu nnt
Quote pencintaABC 4-9-2018 06:22 PM
Kallau dah masuk BNM alert list tu suspicious la vida oiii
Quote kibodwatriuh 4-9-2018 06:32 PM
armin replied at 4-9-2018 04:56 PM
ada org sebut nama co founder dia sebelum ni. Ex founder crypto coin jgk tp dah melingkup sbb scam o ...

pesaipa nak buat background check, dia pon seropa scammer gak
Quote meisapoya 4-9-2018 06:39 PM
Dah kalau bank negara haramkan, mmg atas risiko sendiri la kan kalau kena tipu...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.129833 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top