CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Baik Buang Je Selipar Ni Daripada Jual Bundle. Ada Ke Orang Minat Nak Beli?

4-9-2018 12:14 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 8023| Komen: 26|Original author: Oleh: Whitney


Bagi orang yang gilakan barangan berjenama,mereka akan sanggup mengumpul dan menghabiskan wang semata-mata untuk membeli barang-barang yang dikehendaki. Tetapi, bagi yang kurang mampu, mungkin hanya layak mendapatkan barangan berjenama di butik atau di kedai-kedai bundle sahaja. Bukan apa, apabila memakai barangan berjenama, walau pun yang 'second' ia tetap dapat menambah keyakinan diri kepada si pemakai. 

Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tentang sepasang selipar 'second hand' yang dijual dalam pasaran online. Yang lucunya, selipar yang ingin dijual itu kelihatan sangat buruk dan seperti tidak patut dijual dan perlu dibuang sahaja. Tetapi, mungkin disebabkan kualitinya dan selipar itu diperbuat daripada kulit, pemilik selipar itu berasa ia masih mempunyai nilai. Macam-macam kan?


Berdekah netizen gelak
Ramai netizen yang membaca status twitter lelaki ini ketawa berdekah-dekah lebih lagi setelah melihat gambar sepasang selipar yang ingin dijual itu. Netizen turut merasakan ia tidak patut dijual. Malah persoalannya, ada ke orang yang berminat hendak membeli selipar buruk macam tu? Kalau bagi percuma pun agak-agaknya ada ke yang mahu?


Tak payah jual, sedekahkan saja
Rata-rata netizen mengecam pemilik selipar itu yang sanggup menjual selipar yang sepatutnya sudah tidak wajar dijual. Mungkin selipar itu nampak buruk pada pandangan mata netizen tetapi ada nilainya yang tersendiri pada si pemilik. Malah ada netizen yang mencadangkan pemilik selipar itu buang sahaja selipar itu. 



Letak kat surau, dapat pahala
Ada juga netizen yang menyuruh pemilik selipar tersebut sedekahkan atau wakafkan sahaja di mana-mana surau. Bolehlah selipar itu digunakan oleh jemaah surau ketika ingin mengambil wuduk. Bagus juga cadangan itu kan?


Apa-apa pun, jika hendak jual barang ‘second’ atau bundle sekalipun, biarlah barang itu kelihatan masih elok dan nampak seperti baru. Barulah orang rasa berbaloi untuk membeli dan kena dengan harga yang ditawarkan. Setuju tak? - CARI 

11

Bagus
16

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lyza2474 4-9-2018 12:25 PM
Quote Artemesiaa 4-9-2018 12:26 PM
Nampak dah terlalu lusuh dah tu nak buat sedekah pun tak sampai hati elok ditong sampahkan je
Quote Themilo 4-9-2018 12:27 PM
bagi free pun aku tak ingin dowh..
Quote matkpop 4-9-2018 12:29 PM
ni bagi kat anjing pun anjing tak pandang.
Quote sarahmirza 4-9-2018 12:40 PM
Cuci la sikit bagi putih melepak...
Baru nampak molek sikit..
Itupun belum tau masih ada lagi nak beli ke tak...

Quote dubuk 4-9-2018 12:44 PM
buat main tuju selipar boleh lah
Quote Iema5008 4-9-2018 12:58 PM
D korea jenama the north face bil org boring guna dia akan buang jah kat tmpt pbuangan sampah terutamanya musim bertukar..
Quote buapakperut 4-9-2018 01:02 PM
dah buruk extreme. bagi kat hobo pun taknak
Quote Foxey 4-9-2018 01:17 PM
heish... yang macam ni pun nak juai ka? rm29 lak tu...
Quote munchkin 4-9-2018 01:56 PM
Belilah selipar mahal. Nak buang sayang
Quote CrowneGlory 4-9-2018 02:01 PM
bundle baju ok la lg...tang kasut geli pulak aku tgk...
Quote RatuDunia94 4-9-2018 02:12 PM
Baik beli kasut kat kedai RM2. Baru pon baru..
Quote beeeee 4-9-2018 02:25 PM
hahahahahaah tak beragak nak jual mahal. sental ler bersih sikit
Quote mieymiey 4-9-2018 03:30 PM
Sejenis Queen Hanis
Quote babyleo68 4-9-2018 04:09 PM
Ewwww disgusting! Buang je la.. ko ingat semua orang macam ko gila brand sampai sanggup pakai benda terlampau lusuh macam ni? Macam kutip tong sampah je... campak dalam kolam  ikan confirm ikan semua mati
Quote umbut 4-9-2018 04:14 PM
Eeeewwww... bertimbun bakteria
Quote chinta89 4-9-2018 04:43 PM
sedekah kat masjid tu biarlah yg elok. ni diri sendiri pun x sudi pakai, masih lagi nk sedekahkan kat masjid? (ni ak maksudkan kat org yg nk sedekahkan lah)

x pe lah niat msg2 kan. huhu.
Quote Supersirap 4-9-2018 05:06 PM
i cannot brain this
Quote fushimi 4-9-2018 05:21 PM
mesti tukang jual nak pakai duit sesangat

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.055311 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top