Selalunya kalau nak makan Sizzling Yee Mee, mesti kita cari di gerai-gerai atau foodcourt. Namun kebiasaannya mesti tak puas sebab kadang-kadang tak sedap dan bahan-bahan di dalamnya cuma sedikit sahaja.
Apa kata buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi di bawah: Tak ada hot plate? Jangan risau! Ikut sahaja arahan di bawah ini! Bahan-Bahan Kuah Sizzling Bawang merah 3 biji (dihiris)* Bawang putih 5 biji (dihiris)* Halia 1 inci (dihiris)* 5 tangkai cili kering (gunting kasar)* Ayam (potong kecil) Cendawan shitake (rendam & potong 4) Sos tiram 6 sudu Kicap pekat (ikut citarasa) Kicap cair 2 sudu 1 Kiub ayam 3 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan air) Garam Gula Sawi (celur) Cara-cara: Tumis kesemua bahan * dengan minyak. Dah naik bau masukkan ayam. Kemudian masukkan air, sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam, gula dan kiub. Dah mendidih baru masukkan cendawan. Bila ayam dah masak, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kacau sampai kuah likat. Tutup api. Jika anda tiada pinggan sizzling, anda boleh gunakan cara ini: Rendam Yee Mee sekejap dalam air suam. Jangan lama-lama nanti kembang sangat tak sedap. Masukkan 2 senduk kuah sizzling dalam kuali. Pecahkan telur. Tunggu telur separuh masak dan tuang dalam pinggan berisi yee mee. Letak sawi yang dah dicelur. Siap!Selamat mencuba! -CARI Kredit resipi: Norizaidah Sohefudin
|
24
Bagus |
15
Marah |
14
Terkejut |
30
Sedih |
26
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT