Berita baik buat penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sempena cuti umum Hari Kebangsaan pada Jumaat ini, penyokong berpeluang “berkelah” bersama beliau di sekitar Memorial Tun Razak di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Memetik laporan Utusan Online, program rekreasi berkonsepkan kekeluargaan itu anjuran Pemantau Malaysia Baru dan Pergerakan Sivil & Hak Asasi Manusia Malaysia atau CHaRM. Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam berkata, bagi ibu bapa dan individu yang mahu berjalan kaki dan berkelah bersama dengan bekas Perdana Menteri boleh menyertai perkelahan yang akan diadakan ini.
"Selain mendengar ucapan bekas perdana menteri itu dan tayangan video, acara itu termasuklah penyampaian hadiah “Datuk Seri Najib di hatiku.” "Acara makan, berkelah dan bermain dibuat selepas majlis tersebut dan peserta digalak membawa makanan, minuman dan tikar sendiri." Mereka yang ingin menyertai perkelahan Mengenang Jasa DSN ― boleh mendaftar di laman sesawang 1Malaysia Merdeka. Acara rasmi Hari Kebangsaan tahun ini dengan tema Sayangi Malaysiaku disambut kerajaan baru Pakatan Harapan di Putrajaya.- CARI |
20
Bagus |
27
Marah |
18
Terkejut |
23
Sedih |
20
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT