CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Tak Mampu, Tiga Beradik Di Kelantan Rayu Mahu Bersekolah Semula

29-8-2018 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3592| Komen: 33|Original author: Oleh: Myra Rozi

Terlampau miskin telah menyebabkan tiga beradik dari Kampung Panggong Lalat, Gua Musang terpaksa berhenti sekolah dan tidak lagi bergaul dengan rakan sebaya mereka.

Sejak April lalu Nur Aidil Balqis Abdul Rahman, 13; Nur Alia Adila, 11; dan Nur Alia Apira, 9, menamatkan persekolahan mereka selepas berpindah dari Tumpat.

Harian Metro melaporkan ibu mereka, Zuraini Mat Rani, 31, berniaga nasi lemak di Tumpat untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan anak sekolah namun tidak dapat bertahan lama.

Foto: Harian Metro
“Kesempitan hidup memaksa kami berhijrah ke Gua Musang untuk mencari peluang pekerjaan baharu.

“Kini suami bekerja menoreh getah dan memperoleh pendapatan sekitar RM500 sebulan dan ia sekadar cukup untuk belanja makan tetapi belum mampu menghantar semula anak ke sekolah."


Difahamkan,  ketiga-tiga anaknya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) Tumpat sebanyak RM100 seorang, setiap bulan.

“Tetapi selepas kami berpindah ke sini (Gua Musang), bantuan JKM itu terpaksa dihentikan kerana berada di daerah lain dan perlu memohon semula dengan JKM daerah ini.

“Memang saya sudah memohon bantuan dengan JKM Gua Musang bagi menyambung persekolahan tiga anak saya, tetapi belum ada ada perkembangan."

Nur Aidil Balqis berkata, dia teringin nak bersekolah semula kerana malu dengan rakan sebaya.

Dia berharap agar ada pihak yang sudi membantu mereka untuk menyambung persekolahan semula.

“Saya bersama dua adik rasa sedih kerana tidak dapat bersekolah dan terpaksa berkurung di rumah setiap hari." -CARI
22

Bagus
17

Marah
14

Terkejut
26

Sedih
15

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 29-8-2018 05:05 PM
kesiannya tengok budak 3 orang ni
Quote Megikari 29-8-2018 05:18 PM
Kesiannya... Bagus diviralkan, biar cepat sikit pihak2 sepatutnya bertindak
Quote krustykrab 29-8-2018 05:20 PM
harap ada JKM zakat cepat2 bantu...
Quote jcopy 29-8-2018 05:25 PM
apsal lak nak brenti sekolah??

buku, baju, beg kasut semua pusat zakat baitulmal  bagi free tuk penerima yg layak

takkan pusat zakat nak kena datang jemput antar pi sekolah pulak

Quote GigaMom 29-8-2018 05:32 PM
Klu sekolah dekat bolwh dtg je
X da buku pensil nnti cgu bleh tolg pakat ngan pibg ke apa..
Smk mmg susah la skit
Tp  bhenti sekolah dr sk sebb x mmpu mmg x bijak. Yuran xde, buku2 kerja  yg perlu dibeli tu x yah beli. Guna buku teks dan fokus kat kelas dh.
Quote friedfishsoup 29-8-2018 05:39 PM
Anak2 suhaimi Saad aka aimy Saad bila nak mintak sekolah lagi
Quote jazaa100 29-8-2018 05:43 PM
GigaMom replied at 29-8-2018 05:32 PM
Klu sekolah dekat bolwh dtg je
X da buku pensil nnti cgu bleh tolg pakat ngan pibg ke apa..
Smk mm ...

Kannn.....

Skrg tak de alasan tak mampu nk gi sek...
Pegi je sek dgn baju tu pun tak pe....nanti ada je cikgu belikan baju sek baru dari duit pibg
Quote vee_zara 29-8-2018 05:52 PM
Zaman sekarang, kalau ada anak tak mmpu pergi sekolah. Mmg semuanya silap ibu bapa...
Tp tu la kebanyakan org skrg dah la miskin, pemalas pulak tu. Kalau takda duit blanje apa salahnya bawak bekal.Pagi2 masak la nasi goreng kosong buat alas perut. Tp kes ni salah sorang anak mesti dapat bantuan rmt kan.

Org miskin tp chanel astro full. I yg laki bini kerja pun pakai set android punya.
Quote vee_zara 29-8-2018 05:55 PM
jazaa100: Kannn.....Skrg tak de alasan tak mampu nk gi sek...Pegi je sek dgn baju tu pun tak pe....nanti ada je cikgu belikan baju sek baru dari duit pibg

Cikgu pun bukan kejam kengkadang bg duit saku kat budak yg tak bwk duit g skolah. Waktu nak raya siap belikan baju raya lg .
Quote karlmax8 29-8-2018 05:58 PM
"Kalau nak duit, kena kerja lah, mana boleh meminta2", kata2 seorang atuk...
Quote munchkin 29-8-2018 06:13 PM
Semangat adik2.
Quote minguk 29-8-2018 06:16 PM
comel.. bulat2
Quote giyomi 29-8-2018 07:34 PM
well, i klu bole nak bantu tapi tak tau camne nak.  dek kerana makbapak, pelajaran anak2 terhenti
Quote dani-rox 29-8-2018 08:17 PM
kesian... jgn patah semangat dekk. semoga jkm segera bg bantuan.
Quote batmana 29-8-2018 09:24 PM
Korg patut buat test IQ dgn mak pak dorg.kalu sma level.brula korg bole melahar..ntah2.mak paknya mmg OKU lemban ke apa..

Lainla yg melahar kt sni pemegang kad OKU lemban juge.
Quote dodolgemokgila 29-8-2018 10:55 PM
Edited by dodolgemokgila at 29-8-2018 10:56 PM

Negeri serombi, kehulu kehilir bersolidarity filistin, rohingyucks, Syria pelbagai tapi anak negeri sendiri dibiar terkontang kanting. Hahhh mana kamu semua lobai lobainita tanak bersolidariti ke dgan anak negeri kamu ni??!!
Quote chazey 29-8-2018 11:07 PM
Edited by chazey at 29-8-2018 11:54 PM

Are you sure ko benti blaja sebab miskin? Or sebab orang tua ko bodo takda visi dalam hidop juga malas nak sekolahkan ko sebab kengkonon miskin padehal pak korang malas nak hantar korang pi sekolah sebab jauh? Hei, di tempat akak ada bebudak sekolah rendah menapak seawal 5.30 pagi pi sekolah berjalan dalam 2 kilometer pi sekolah, still boleh ja continue dan yah, meka juga miskin tegar!

Akak tak pircaya cerita ni. There must be something amiss.
Quote moonbug 29-8-2018 11:07 PM
Semoga dipermudahkan urusan keluarga ni, kesian budak-budak ni ketinggalan
Quote sarahmirza 29-8-2018 11:14 PM
Takde duit nk pergi sekolah tapi tengok budak2 ni bulat2 chubby cukup makan je..

Ni kes mak bapak malas la ni.. malas nk bersusah sikit sekolahkan anak.

Ummah serambi mekah majoriti gitu la... tak heran puluh tahun parti ulama mampu perintah tak nampak maju pun takpe..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.037051 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top