Citarasa peminat filem Malaysia sememangnya boleh diteka berdasarkan jumlah kutipan tiket wayang iaitu genre berunsurkan hiburan dan tidak terlalu berat. Bukan mahu membandingkan dengan filem Hantu Kak Limah yang sudah pun melebihi RM30 juta dan masih ditayangkan hingga kini, namun ia sudah jelas membuktikan genre berat seperti filem Pulang hanya ditonton oleh segelintir penonton sahaja. Ia mencetuskan polemik yang menyatakan apa penonton Malaysia mahukan? Jika kurang promosi jawapan mereka, maka ia tidak benar sama sekali kerana Media Prima menjadi tunjang promosi dengan memaparkan trailer, memberi slot dalam Majalah 3, 'countdown' dan pelbagai lagi promosi yang membabitkan pelakonnya di media cetak serta media sosial. Netizen ini meluahkan kekesalannya dengan sambutan dingin rakyat Malaysia.
Jika hendak dikatakan, masa filem Pulang tidak kena kerana bertembung dengan filem HKL juga tidak tepat. Ini kerana Pulang muncul dua minggu lebih awal namun penonton Malaysia masih tidak mahu menontonnya. Jadi, sekali lagi ia bukan kerana HKL semata-mata. Biarpun banyak ulasan yang dilakukan oleh ramai pengulas filem serta mereka yang menonton Pulang masih tidak mampu membuatkan lebih ramai untuk menonton filem berkualiti ini. Bagaimanapun, ini antara punca yang membuatkan filem Pulang tidak
mendapat sambutan. Antaranya ialah ia perlu dijadikan drama bersiri
sebenarnya. "Bukan tak nak tengok, tapi bajet ketat." "Salahkan panggung wayang yang tayang slot sedikit sahaja!" "Kena faham, kalau cerita sedap, 1 family tengok, tapi Pulang ni..." Bagi Meishelmie, bukannya niat dia untuk menidakkan alasan tersebut, maklumlah duit masing-masing. Namun ini sekaligus membuktikan penonton Malaysia sendiri yang menyebabkan filem berkualiti sukar dihasilkan pada masa akan datang kerana sambutan dingin ini. Sememangnya untuk menghasilkan filem berkualiti memerlukan bajet yang banyak dengan harapan penonton juga menyukainya hingga menyumbang kutipan yang berbaloi. Namun, untuk menyalahkan penonton semata-mata juga tidak tepat dalam konteks ini kerana pelbagai alasan. Mungkin pembikin filem boleh memikirkan alternatif seperti menayangkan filem ini ke luar negara serta mendapat pengiktirafan yang lebih berbaloi. Semoga filem kita berjaya menambat hati lebih ramai penonton di luar sana. - CARI |
17
Bagus |
27
Marah |
30
Terkejut |
40
Sedih |
27
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
abangadek replied at 29-8-2018 03:26 PM
nampak mcm best ja, tambah pulak filem dari kabir bathia tapi aku kalau pegi tengok wayang mesti nak ...
Badigol replied at 29-8-2018 03:22 PM
bkn ke remy actor malaya..pandai berlakon serba boleh..xkn sikit je kutipan?ke sbb jln cerita?kesian ...
ADVERTISEMENT