Sebuah video yang dikongsi di Facebook Sikhinside menyaksikan seorang lelaki Muslim menunaikan solat di sebuah kuil. mStar Online melaporkan, lelaki tersebut dipercayai solat di kuil Gurdwara Sahib Bercham, Ipoh.
Menurur posting berkenaan, “Semalam (20 Ogos), seorang saudara beragama Islam melakukan solat di Gurdwara Sahib Bercham di Ipoh. “Dia mungkin tak jumpa masjid dan singgah ke Gurdwara untuk menunaikan solat."
Rakaman berdurasi dua minit itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai menunaikan solat Maghrib tanpa sebarang gangguan. Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan, seseorang yang beragama Islam dibolehkan untuk solat di tempat beribadat bukan Islam sekiranya dalam keadaan ‘darurat’. “Boleh, selagi tempat itu bersih dan solat perlu menghadap kiblat. Jangan solat menghadap patung untuk penyembahan di tempat itu. “Seboleh-bolehnya cari kawasan sekitar yang lebih ‘selamat’ seperti di beranda atau tepi bangunan, masih bersih dan menghadap kiblat, yang paling penting tidak menghadap patung-patung tersebut." Namun menurutnya lagi, seboleh-bolehnya kita dinasihatkan untuk mencari surau atau masjid yang berdekatan. Kekeliruan mungkin berlaku kerana kuil Sikh dan masjid sama-sama mempunyai kubah, selain penganut kedua-duanya juga memakai serban. -CARI
|
21
Bagus |
13
Marah |
18
Terkejut |
25
Sedih |
25
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rospinki: memang kul sikh ni serupa masjid..aku pernah kompius
helicornia replied at 29-8-2018 12:15 PM
memang betul.kuil shikh ni mmg macam masjid kalau tak tengok betul2. siap ada kubah n takde patung2 ...
CardiGans85 replied at 29-8-2018 11:54 AM
Sama la.pernah termasuk area Gudwara kat puchong, ingat masjid hahaha
zulka replied at 29-8-2018 11:45 AM
sajer nk glemer ke apa
jcopy replied at 29-8-2018 12:49 PM
betul2 bahlol tolol keturunan kaper2 dlm ci ni
buat lawak semua tak menjadi, tahap longkang je
JohnnySins replied at 29-8-2018 08:10 PM
biaq pi la..kang hang tanya dia teloq dulu ka burung dulu kang dia teruih kutuk hang 7 keturunan a ...
ADVERTISEMENT