Gara-gara membayar tunggakan nafkah, seorang penjawat awam Indonesia, Dwi Susilarto bertindak membawa 13 kampit berisi duit syiling seberat kira-kira 890 kilogram dengan nilai berjumlah 153 juta rupiah atau bersamaan RM43,044, setiba di mahkamah.
Tindakan itu menimbulkan kemarahan bekas isterinya dan hampir berlaku pergaduhan antara peguam bekas isterinya yang dikatakan enggan mengira duit syiling tersebut. Memetik laporan Jakarta Post, peguam Susilarto memaklumkan anak guamnya langsung tidak berniat menghina bekas isterinya, Hermi Setyowati. “Secara jujur, saya juga terkejut tetapi anak guam saya berkata wang itu didermakan oleh rakan dan keluarganya yang kebanyakannya memberikan duit syiling."
Biarpun akhirnya terpaksa menerima bayaran duit syiling itu, namun tegas Setyowati dirinya tidak akan tertipu dengan alasan itu dan tetap beranggapan itu adalah satu penghinaan. “Ini satu penghinaan, seolah-olah menganggap saya miskin.” Mahkamah mengarahkan kakitangannya mengira syiling berkenaan.- CARI
|
7
Bagus |
4
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
3
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
skinsandstars replied at 27-8-2018 05:08 PM
Douchebag dulu kini dan selamanya.
ADVERTISEMENT