Hujung minggu yang sangat 'panas' dengan isu penyanyi tersohor, Aishah meluahkan perasaan terkilannya berkenaan hadiah kemenangan Gegar Vaganza 2017 tidak segah seperti dicanangkan. Hadiah yang dimaksudkan ialah barang kemas yang menjadi hadiah sampingan didakwa bukanlah berlian bernilai RM80 ribu, tetapi hanyalah batuan zirkon yang nilainya jauh lebih murah. Ia membuatkan dia berasa sangat tertipu dengan 'kemurahan hati' Dato Seri Vida yang sebenarnya hanyalah palsu semata-mata. Selain itu, hadiah yang masih belum diperolehi ialah tanah tetapi ia adalah tajaan syarikat lain. Terasa dipermainkan membuatkan Aishah meminta penjelasan daripada pihak Dato Seri Vida (DSV) namun tiada balasan membuatkan dia akhirnya meminta penjelasan di media sosial. Bagaimanapun, sekali lagi DSV membisu seribu bahasa melainkan hanya mengemaskini akaun Instagramnya berkenaan aktiviti semasa.
Terbaharu, video DSV yang memaparkan Cik B ditindik telinganya pula diserang oleh peminat dunia hiburan untuk meminta kepastian mengenai perkara itu. Biarpun ada yang memberi komen mengenai video tersebut, namun ramai juga netizen yang meminta Vida supaya memberikan penjelasan. "Hati-hati beli barang kemas di kedai emas dia. Dikhuatiri ia pun palsu."- Nampaknya netizen pun tidak habis-habis membuat lawak sarkastik. Akan tetapi, pihak Vida sendiri hanya berdiam sahaja tanpa memberi sebarang penjelasan mengenai hal ini. Sementara itu, menurut akhbar mStar online yang menghubungi pihak Astro bagi menjawab segala kekusutan ini pula memberi jawapan mengelirukan. Jurucakap Astro menyatakan penaja hadiah tanah (Bina Megah Empire) meminta sedikit masa untuk menyelesaikan isu penyerahan lot tanah banglo tersebut. Manakala mengenai hadiah barangan kemas pula, pihak Astro seperti lepas tangan. "Adalah lebih baik jika soalan itu ditujukan kepada pihak penaja dan kami enggan mengulas lanjut." Rentetan itu, Aishah dalam post terbaharu pula menjawab isu tersebut dengan padu. Ianya dipersetuju oleh ramai netizen yang merasakan Aishah dianiayai dalam isu ini. "Takkan lah batu permata yang berharga boleh susut nilai sesuka hati. Dia ingat kita bodoh menilai? Sementelah lagi, Vida sendiri dalam rangka mempromosi Lavida coin yang juga diragui membuatkan netizen menyampah. Bagaimanapun, dalam ramai yang menyokong, pasti ada yang menyalahkan Aishah dalam kes ini. Apakah isu ini hanya hangat sementara dan tidak lama lagi, kita akan melupakannya? Memang hangat betul dengan isu barang kemas 'berlian' ini. Diharapkan Dato Seri Vida tampil memberi penjelasan sekaligus memberikan hak yang sebenar kepada pemenang Gegar Vaganza 2017 ini. Kita tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Tidak salah meminta maaf setelah sedar dengan kekhilafan, malahan ia lebih baik daripada berlagak tidak kena tempat bak kata pepatah ular menyulur akar, takkan hilang bisanya. - CARI |
14
Bagus |
13
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT