CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Tayar Silverstone Tak Elok Ke?

10-9-2013 06:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 56199| Komen: 63

assalamualikum semua.

nak tanya, tayar silverstone tak ok ke eh? baru je tukar 4 bijik. aritu guna tayar good year, tak sampai 2 tahun, gelembung (bengkak kat tengah). bunga banyak gila kot. sayang gila. pomen kedai tu ckp silverstone ok dari good year. pastu abg aku cakap silverstone paling tak elok. huuu berdarah tangan ni keluarkan duit beli tayar silverstone. tak elok ke? cemana nak jaga tayar jenis ni?

2

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote metalique 8-9-2013 04:40 AM
silverstone evol8 175/50/15 aku pernah pakai... fail, majority member club pakai bengkak sana sini tak sampai stahun...
Quote AbukRokok 8-9-2013 10:36 AM
byk dengar kata silverstone xok
goodyear lagi ok...
Quote Z28 8-9-2013 10:55 AM

Salam,

Seingat aku la TT, dah lama aku pakai tayar brand Silverstone nie.   Dari sejak dari tahun 1991/2, kalau tak silap la.  

Pakai kat semua kenderaan milik aku, dari sekecik2 kereta sampai la ke 4x4 pick-up truck.   Sangat tahan lasak & cost effective buatku.

Dah pergi semua tempat dgn tayar brand nie (on-road/off road).   Lasak & tanpa sebarang masaalah; dari KV pergi ke Selatan, Utara, & Pantai Timur (Aku baru balik drp pantai Timur, malam tadi).

Biasanyanya, org komplain Tayar Silverstone nie bunyi bising at highway speed.  Itu mmg aku setuju.

Walaubagaimanapun, pada aku, tayar silverstone ni bising kat highway (pada waktu tak hujan) sbb dia ada agressive design thread block & jenis compound material yg digunakan.  

Biasanya tayar silverstone ada 4 deep grooves utk channelkan air hujan keluar dan ini penting (pada aku la) bila musim hujan.  Sekiranya ko m'mandu di highway pada waktu tak hujan, bunyi akan keluar drp grooves nie akibat daripada aliran angin diantaranya.  Ini yg buat orang rasa tak selesa.

Sbb itu orang pilih tayar yg thread designnya tak berapa agressif & lebih senyap, tetapi ada trade-off nya, terutama pada waktu hujan.

Kalau grooves kat tayar nie tak cukup banyak & dalam (sbb tayar dah botak atau thread design issues) ko boleh kena masaalah apa orang panggil tu sbg "terapung" bila ko m'langgar lopak air yang dalam/water crossing  kat highway sewaktu m'mandu pada kelajuan tinggi dan boleh m'yebabkan kemalangan terutamanya pada waktu hujan akibat hilang kawalan dan terbabas.

Pada aku la, Malaysia nie adalah negara yg dirahmati Allah Swt dengan hujan yang tak dijangka, lebat pulak tu.  So, aku kena lebih bersedia utk m'hadapai situasi hujan yang akan turun pada bila2 masa, sewaktu memandu.  Bising sikit tak apalah, yang penting aku tak mahu terbabas sbb masaalah hilang kawalan sewaktu m'mandu dalam situasi hujan lebat (lebih parah kalau takde tempat berhenti yang selamat pada masa tu).

Walaupun ramai orang kata tayar Silverstone ini murah & for cheapskate, aku tak kisah.  Yang penting, aku tak pernah m'galami masaalah tayar pancit sewaktu memandu kat highway (lagi2 waktu malam sbb bahaya rompakan, kena langgar kat highway sewaktu m'nukar tayar dilorong kecemasan), dll.

Lagi satu, aku mmg suka pakai Silverstone MT tyres kat 4x4 pick-up aku.  Nampak betul2 machco & ganas !!!.     

Pada aku la, lebih baik aku pakai tayar baru dari jenis ini daripada pakai tayar import yg dah terpakai & bunga tayar yg dipertikaikan.

TT,

Tayar biasanya lasts for 2 years from the manufacturing date walaupun thread bunganya mungkin masih banyak lagi.   Belajar utk baca tarikh tayar dikeluarkan oleh pengilang & beli tayar yg baru dikeluarkan drp kilang.   Kena berhati2 waktu membeli tayar sbb kalau tak, nanti tayar yg ko baru beli tu akan bengkak tak lama lepas ko beli dari kedai, especially tayar2 yg dijual pada waktu promosi (sbb ada tayar yg dijual tu dah nearing its expiry date)  

Sorry TT & MOD,

Panjang sangat dah aku tulis ni, dan minta maaf banyak2 ye, aku bukan salesman Silverstone; cuma pengguna semata-mata.

Quote philipinoe2 8-9-2013 11:16 AM

ape penyebab pregnant tires ne...
Quote quattrosen 8-9-2013 11:31 AM
yang pernah aku dengar, tayar bengkak kat tengah ni sebab alignment x betul...betul ker?
Quote Z28 8-9-2013 12:11 PM

Sekadar utk perkongsian :

Jaringan dawai@Wire mesh adalah sebahagian daripada bahan yang digunakan utk menguatkan stuktur dalaman bahagian tayar.

Jika salah satu stuktur dawai@wire mesh ini putus kerana faktor masa (lama sgt pekedai simpan dlm stok sbb tak terjual), maka stuktur tayar menjadi tidak setabil, lemah dan m'yebabkannya bengkak, walaupun bunganya masih lagi baru & tayar masih belum digunakan.

Bila tayar ini bengkak, ada akan rasa seperti naik kuda, walaupun anda dah buat balancing@rotation ....

Atas alasan tersebut, pekedai biasaya akan buat promosi jual stok tayar lama mereka dengan segera.   

Anda boleh beli tayar promosi, tapi pastikan ia genuine deal.

Anda tapi perlu berhati2 dan pastikan anda hanya beli tayar yang masih baru dikeluarkan daripada kilang (check betul2 factory manufacturing date).

Inilah  pengalaman saya sendiri, sewaktu mula2 memiliki/mengurus kenderaan sendiri pada 1985.

Quote amirah7 8-9-2013 07:52 PM
erm. panjang bebenor komen. takpe. aku bace se se slow. sebab sebelum ni pakai silverstone, ok la jugak. pakai good year dekat 2 tahun. tp tayar pregnant untuk goodyear tu.. padahal lagi baru dari silverstone yang dulu... huuu
Quote amirah7 8-9-2013 07:56 PM
Z28 posted on 8-9-2013 10:55 AM
Salam,

Seingat aku la TT, dah lama aku pakai tayar brand Silverstone nie.   Dari sejak dari tah ...

hebak mu ni deh! hahahaha... erm.. tayar tu die tulis 2413. minggu ke 24 tahun 2013 la kan? hiiiiii gigih aku suluh lampu tengok tayar memalam. tak puas hti takot kena tipoooo. kikkikikikiki. bawak kete pon slow2 je. sebab rm600 bergolek2 kh3x
Quote amirah7 8-9-2013 08:03 PM
quattrosen posted on 8-9-2013 11:31 AM
yang pernah aku dengar, tayar bengkak kat tengah ni sebab alignment x betul...betul ker?

pomen semalam ada cakap gak. tapi die kata banyak faktor jugak...
Quote amirah7 8-9-2013 08:06 PM
Z28 posted on 8-9-2013 12:11 PM
Sekadar utk perkongsian :

Jaringan dawai@Wire mesh adalah sebahagian daripada bahan yang diguna ...

tahun 85 dah ade kereta. umur sebenar berapa? hik3x.
Quote Z28 8-9-2013 08:28 PM

Betul la tu TT,

Minggu yg ke 24, keluaran tahun 2013.

Orang kata, banyak berjalan luas pandangan .... aku dulu pun belajar drp mereka2 yg lebih arif, baca buku, dan pengalaman lalu (baik yg manis, mahupun yg pahit).  

Kalau boleh tolong, sama-samalah kita bantu, walaupun sekadar beri pandangan.


Umur tak payah taulah TT.     

Tapi kalau ko nak tau, anak2 aku semuanya dahpun dah besar2, TT.    Sbb itu aku tak perlu beli MPV.   Pakai yg simple2 dah le.   

Quote Fariz07 9-9-2013 10:23 AM
otai2 kalo bg komen mmg pjg lebar dan penuh info yg bermanfaat..
Quote Sagoo 9-9-2013 10:34 AM
so? explain tayar gelembong pls...adekah dia tlah d tebuk tupai?
Quote zulka 9-9-2013 10:41 AM
tayar mengelembung ada byk sebab...
langgar batu/lobang, telebih/tak cukup angin...
kalau tayar tak rata/berombak pula disebabkan absober dh rosak..
Quote Sagoo 9-9-2013 11:45 AM
time kasey bang....
Quote amirah7 9-9-2013 05:57 PM
Z28 posted on 8-9-2013 08:28 PM
Betul la tu TT,

Minggu yg ke 24, keluaran tahun 2013.

bukan pe. kena panggil uncle ler... trasa biadap pula bercakap aku ko dengan orang kurang muda.. huuuuuuu mintak ampon uncle. mekaseh uncle

Quote jofizo 9-9-2013 06:19 PM
ikut cara pemanduan la kot.......... aku pakai kruizer II dah 6 tahun, baru sebijik je yg buncit sebelah, yg 3 lagi ok jer pun...
Quote mofisa 9-9-2013 11:48 PM
aku pon dah kena tayar cap batuperak ni menggelembung. - silverstone atlantis v7. baru pakai 6 bulan.
Quote Fariz07 10-9-2013 11:02 AM
mofisa posted on 9-9-2013 11:48 PM
aku pon dah kena tayar cap batuperak ni menggelembung. - silverstone atlantis v7. baru pakai 6 bulan ...

try tayar cap mergong alor setar pulak lepas ni..

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.073384 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top