Menurut bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, akhbar Utusan Malaysia perlu melakukan perubahan supaya dilihat masih releven kalau tidak ianya akan ditenggelami dan berdepan masalah besar.
Minggu lalu, Utusan Malaysia dilaporkan gagal membayar hutang pinjaman bank, akibat itu mereka disenaraikan sebagai syarikat berstatus PN 17 sekaligus berisiko dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia. Memetik laporan Malay Mail, tegas Tan Sri Johan Jaafar, Utusan Malaysia harus membuat pilihan samada masih nak jadi suratkhabar berbahasa Melayu yang releven ataupun terus menjadi akhbar yang menyuarakan agenda Umno. "Samada nak terus menjual akhbar atau jadi penyampai agenda Umno, itu terpulang? Persoalannya setelah Pilihan Raya Umum yang lalu, orang ramai cuba mengasingkan diri daripada segala jenama yang berkaitan dengan Umno."
Jelasnya, akhbar milik MCA iaitu The Star dan Media Prima yang sebelum ini memihak kepada Barisan Nasional turut mengadakan pengubahsuaian dan penyelarasan setelah wujudnya struktur politik yang baru hasil Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan. " Masa depan Utusan Malaysia dalam kegelapan sekiranya enggan berubah." " Sebagai seorang bekas ketua pengarang, saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Mereka perlu sedar dan terima hakikat sebenar." - CARI |
6
Bagus |
20
Marah |
17
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT