Jumaat lalu, tindakan kerajaan membatalkan semua saman AES berjumlah 3.1 juta membabitkan nilai RM435 juta yang belum dibayar sejak AES dilaksanakan pada 2012 menimbulkan pelbagai reaksi.
Susulan itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tampil memberi penjelasan dalam satu sidang media yang diadakan di Putrajaya semalam, lapor Malay Mail. Menurut Anthony Loke, keputusan pembatalan itu diambil kerajaan adalah disebabkan perjanjian berat sebelah antara kerajaan terdahulu dengan dua syarikat konsesi yang mengendalikan sistem itu. Jelasnya, tiada sebarang keuntungan daripada kutipan saman diperoleh kerajaan sebaliknya ia dibayar sepenuhnya kepada dua syarikat konsesi itu iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.
“Berdasarkan perjanjian, dua syarikat berkenaan berhak mendapat dua tier bayaran daripada kerajaan iaitu RM16 untuk setiap saman dan tier kedua adalah 50 peratus dari nilai sebenar saman RM300." Tegasnya, kerajaan tidak bersetuju penguatkuasaan diswastakan kepada dua syarikat konsesi berkenaan, maka mengambil keputusan semua saman tertunggak itu dibatalkan.- CARI
|
20
Bagus |
22
Marah |
8
Terkejut |
25
Sedih |
24
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dizekni replied at 21-8-2018 12:43 AM
Bodo
kalo tak untung jadahnya buat syarikat
Pixie902 replied at 21-8-2018 09:23 AM
Please expose who's behind the two companies...and the need to contract out the job to concessionair ...
ADVERTISEMENT