CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Padah Tertidur Ketika Menyusukan Bayi

21-8-2018 11:33 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 2798| Komen: 5|Original author: Oleh: Suzy


Bayi berusia sehari meninggal dunia apabila 'dihempap' ibunya yang keletihan menyusukannya. 

Ann Bradley dari Harwood, berhampiran Bolton, menyusukan bayinya, Louie Francis Bradley ketika sedang tidur di Hospital Royal Bolton pada 27 Ogos tahun lalu. Malangnya, sebaik terjaga dari tidur dia mendapati anaknya pucat


Gambar Hiasan

Penolong koroner, John Pollard menyelar bidan bertugas yang bertanggungjawab mengajar Ann teknik penyususan. Katanya, ibu baru bersalin tidak sepatutnya ditinggalkan bersendirian untuk menyusukan bayi.


Ann memberitahu mahkamah bahawa dia memilih untuk tinggal di hospital lebih lama kerana berasa agak gementar apabila mengalami kesulitan menyusukan bayinya. 

Ibu baru itu berkata, dia diberitahu bidan Jane Westhead bahawa dia boleh baring mengiring ketika menyusukan bayinya.



Bagaimanapun, Jane menafikan perkara tersebut. Menurutnya, mereka tidak menggalakkan teknik penyususan sebegitu. Namun, ia bertentangan dengan kenyataan seorang lagi Ketua Jururawat yang mengesahkan penyusuan secara mengiring itu adalah amalan biasa yang dicadangkan oleh bidan. 

Bagaimanpun, bidan tersebut menekankan kesukaran untuk memerhatikan ibu-ibu baru, kerana ramai yang gemar menyusukan bayi di sebalik langsir yang ditarik bagi memberi privasi. 

“Kami tidak dapat mengawasi mereka setiap masa, jadi kami hanya menasihatkan mereka supaya meletakkan semula bayi mereka di katil bayi jika berasa letih dan mengantuk,“ jelas bidan tersebut.

Ahli koroner kemudiannya memutuskan bahawa Louie meninggal dunia akibat kesesakan nafas dan teknik penyusuan yang salah. Bayi lelaki itu juga didapati menghidap bronkopneumonia dan beberapa gejala kesejukan yang menyebabkan kematiannya. - CARI
45

Bagus
31

Marah
20

Terkejut
24

Sedih
29

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (183 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 21-8-2018 11:38 AM
Ann Bradley dari Harwood, berhampiran Bolton, menyusukan bayinya, Louie Francis Bradley ketika sedang tidur di Hospital Royal Bolton pada 27 Ogos tahun lalu. .


berita tahun lepas?
Quote Foxey 21-8-2018 11:41 AM
ya Allah... kesian...
Quote mieymiey 21-8-2018 02:16 PM
Mesti ibu tu sedih
Quote amon_79 23-8-2018 11:18 AM
besor kot ibunya tu... siap ada gejala kesejukkan...
Quote moonbug 23-8-2018 11:20 AM
Ralat tak sudah ibunya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.396571 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top