CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Eh! Ada Lagi Ke Cop Parking Ni?" - Wanita Diselar Netizen Kerana Biadab

20-8-2018 04:46 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6288| Komen: 25|Original author: Oleh: Azza





Ramai sedia maklum, tempat letak kereta di pusat beli belah Kuala Lumpur sangat padat terutamanya di Mid Valley Megamall. Insiden cop tempat parkir pula seakan menjadi kebiasaan bagi mereka yang tidak sabar untuk mencari tempat kosong bagi meletakkan kenderaan masing-masing

Terbaharu, tular sebuah video pendek seorang lelaki bertekak dengan seorang wanita yang sedang berdiri di dalam petak parkir kereta untuk menunggu keretanya yang sedang dipandu oleh kakaknya.

Lelaki tersebut menegur perbuatan tidak wajar  wanita itu dalam bahasa Inggeris namun tidak diendahkannya membuatkan dia merakamkan video tersebut lalu menularkan di media sosial. 


Insiden tersebut membuatkan ramai yang memarahi sikap wanita itu yang mementingkan diri sendiri.



Kredit foto: Twitter

Namun begitu, ada juga merasakan lelaki tersebut lah yang bersikap kebudak-budakan.





Seperti biasa, ada yang seakan bermain api dengan memainkan sentimen perkauman. Hal sebegininya sewajarnya dihentikan kerana sikap individu tiada kaitannya dengan bangsa dan agama.


Kredit foto: Google

Pengguna Twitter dan Facebook nampaknya tidak gagal untuk membuat jenaka.


Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh wanita tersebut sebenarnya salah di sisi undang-undang. Jika anda mengalami masalah sebegini, boleh membuat aduan seperti gambar di bawah.


Rakyat Malaysia yang prihatin memang cekap dalam segala urusan. Siap ada yang membuat carian kes saman wanita tersebut di laman sesawang pihak berkuasa. Oh! Nakalnya netizen.

Bagaimanapun, wanita tersebut akhirnya membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan isu ini serta meminta maaf kepada semua pihak yang terbabit dalam isu kedegilannya tersebut.

Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Kejadian ini sememangnya tidak wajar dan dihentikan kerana ia menyalahi undang-undang serta menyusahkan pihak lain. Namun, dalam masa sama, wanita tersebut telah mengaku kesalahannya dan diharap hal ini usah dipanjangkan lagi hingga mengancam keselamatannya. - CARI 
17

Bagus
36

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
16

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 20-8-2018 05:21 PM
PPRT nya perangai cop-cop parking
Quote kucingitam 20-8-2018 05:27 PM
kat midvalley memang payah la nak dpt parking..haruslah bergaduh
Quote palmolive 20-8-2018 05:29 PM
Setakat ni juara bertahan dipegang geng sepet
Quote EvieWanKenobi 20-8-2018 10:09 PM
baru tahu boleh buat aduan rupanya..
Quote Siti_Mustaqim 20-8-2018 11:42 PM
Apa nak heran puak puak ni. Jiwa kosong. Tamak. Hati hitam...kahkah
Quote kroit92 20-8-2018 11:55 PM
no manners katanya

tapi keras kat parking tak nak blah
Quote rogayahtop 20-8-2018 11:57 PM
napa ramai benau pompuan bengap mcm ni?
Quote esbok 21-8-2018 05:28 AM
Selalu jugak aku pegi midvalley. Ibarat kedai runcit aku dah. Alhamdulillah tak penah serempak ummah cop parking. Tapi surprise juga ummah cop parking wujud di midvalley. Kau pusing je la. Ada je parking. Cuma kena pandai. Kalau dah semua nak parking depan pintu mmg la takde parking -_-
Quote makton 21-8-2018 07:51 AM
aku tgk video tu, mmg rasa bengang dgn pmpuan tu. ikut rasa hati nak je aku sodok dgn kete biar terpelanting ke depan
Quote emily.topaz 21-8-2018 07:57 AM
Walaupon salah disisi undang2. Ramai je yg bila encounter benda ni pilih untuk gelakkan & move on cari parking spot lain. Bangsa yg gigih nak gaduh je will 'fight for their right'
Quote rosasen 21-8-2018 08:09 AM
yang saman Lost Control tu sebab apa ek
Quote slipar_jepon 21-8-2018 03:24 PM
aku dgn member aku penah kena weh camni. kitorang tgh tgu kereta tu nak keluar parking, tetibe ada cina tua ni (tak tau mana datang) selamba diri kt dlm kotak parking tu ngam2 lepas kereta keluar. dia tak bagi kitorang masuk. mmg bergaduh la sampai la husband dia datang & selamber badak masuk kotak parking tu. sakitnya hati masa tu.. ikutkan nk je langgar. aku bkn la nk racist weh, tapi mmg puak2 ni mmg CB la perangai memasing.
Quote BoLapciOus 21-8-2018 03:50 PM
off topic sket..aku pun penah gak terkena ngan puak dema ni..duk aku nga helok nk order popcorn kat wyg bleh plak tiba2 ada amoi nyelit..cam hanat sgt pangai dia..xde perasaan bersalah lgsung! Aku lak duk terkebil2 tgk dia..nsib aku baik mls nak gaduh,pdhal ada member aku dari arab duk kutuk sal org cina tp aku bekap dorang..nyesal aku bekap dorang!demmm
Quote MadameOnion 21-8-2018 03:57 PM
ok lepas ni ambik gambaq pastu pi report ja
Quote tobobon 21-8-2018 06:58 PM
kaum2 depa memang suka hurung midvalley kan?

tak taula apa yang best sgt midvalley tu
Quote amyza 21-8-2018 08:05 PM
Rude nye amoi tu. Dah viral baru tau takut. Biar orang ramai pegi calar kete dia pastu campak sampah atas kete tu. Tahniah pada driver yg record video ni. Sanggup bertekak nak parking. Baguss!
Quote MarissaMiller88 21-8-2018 10:39 PM
aku pernah kat midvalley...tp ppuan btudung pula yg cop...siap kata x boleh parkig sini...kami tnya mana keta dia, dia jwb ada sebelah sana otw...keta dia myvi hitam still berbaris lg nak ke lorong kami tu..tp x adil la kan...keta dia jauh 6-7 keta kat blakang kami...ppuan ni tiba2 muncul dr lorong sebelah semata2 nak cop tu park while keta dia sampai... prangai hanat kan...harap2 bf dia kena cop ppuan lain jd suami
Quote faraway1 21-8-2018 11:06 PM
BoLapciOus replied at 21-8-2018 02:50 AM
off topic sket..aku pun penah gak terkena ngan puak dema ni..duk aku nga helok nk order popcorn kat  ...

kenalah tegur, masa kat hong kong, tengah line nak pergi the peak,
ada cina lelaki 2 orang, selamba tetiba beratur belakang me,
me cam ''are you lost, siap tunjuk line last dia kena pergi beratur''..
terkebil muka tapi dia memang pergi beratur...


Quote gekkou 22-8-2018 09:07 PM
dah tahu nak pergi mid valley
kalau tak nak berebut beratur cari parking time weekend or public holiday
sila pastikan jam 11 pagi dah sampai kat mid valley tu
kat the garden pun boleh parking juga

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.045758 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top