CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

10 Fakta Yang Mungkin Jarang Anda Dengar Tetapi Benar Mengenai Malaysia

29-8-2018 11:48 AM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 4948| Komen: 15|Original author: Oleh: Ferr Remy

Sempena hari kebangsaan Malaysia yang ke-61 yang bakal kita sambut tidak lama lagi, bagi menyemarakkan lagi rasa cinta terhadap tanah air yang tercinta ini, berikut merupakan fakta yang mungkin jarang kita dengar tetapi benar mengenai Malaysia.



Logo Merdeka
(Sumber foto : Google)


1. Sebelum Malaysia mendapat namanya, ahli geologi Greco-Roman Ptolemy menamakan negara kita sebagai Aurea Chersonesus, yang bermaksud 'semenanjung emas'. Nama itu ditemukan di dalam buku Ptolemy yang berjudul Geographia.

2. Nama "Malaysia" adalah gabungan perkataan "Melayu" di dalam bahasa Inggeris dan pengakhirannya berasal dari  bahasa Latin-Yunani yang berbunyi "-sia".

3. Lagu kebangsaan Malaysia "Negaraku" berasal dari lagu negeri Perak yang berjudul  “Allah Lanjutkan Usia Sultan”.

4. Di Malaysia, walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara, tetapi kebanyakan daripada kita lebih gemar menggunakan bahasa rojak yang dicampurkan dengan bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin, dan sebagainya.

5. Rakyat Malaysia adalah orang yang paling mesra dan peramah di dunia... di Facebook! Menurut tinjauan pada tahun 2010 yang dijalankan oleh TNS, sebuah firma antarabangsa ; rakyat Malaysia mempunyai purata 233 rakan - antara yang paling banyak di dunia! Ini diikuti oleh Brazil dan juga Norway.

6. Roti canai yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dipercayai dibawa masuk dari negara India melalui pendatang India Muslim suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, roti canai tidak pernah wujud di India. 


Image result for roti canai
(Sumber foto : Google)


7.  Masa setempat di Malaysia telah diselaraskan sebanyak lapan kali! Pada tahun 1932, jam telah dicepatkan selama 20 minit untuk memanjangkan masa di siang hari. Pada tahun 1941 pula, masa itu telah dipercepatkan 10 minit lagi! Tahun 1942, ia mempercepatkan dua jam lagi untuk mengikuti masa di Tokyo, Jepun. Pada tahun 1945, mereka membalikkan jam ke masa seperti pada tahun 1941, dan akhirnya, pada 1 Januari 1982, Tun Dr. Mahathir memutuskan untuk melambatkan 30 minit untuk menyelaraskan masa dengan Sabah dan Sarawak. Menariknya, Singapura juga menyesuaikan jam mereka pada hari yang sama.

8. Secara teori, anda boleh memandu dari Malaysia ke Norway tanpa perlu mengambil feri atau kapal terbang. Ia akan mengambil sedikit masa - jaraknya ialah sejauh 5,867 batu! Tetapi anda boleh melakukannya dengan melewati hanya lima negara selain Malaysia dan Norway - Thailand, Burma, China, Kazakhstan dan Rusia. 

9. "Roundabout" yang terbesar di dunia terletak di Putrajaya, Malaysia yang berkeluasan sepanjang 3.5 kilometer!


Related image
(Sumber foto : Google)


10. Setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang rakyat Malaysia, samada berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil atau Mandarin pasti berakhir dengan perkataan -LAH!


Image result for rakyat malaysia
(Sumber foto : Google)

Penulis ingin mengucapkan selamat hari kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia! Diiringi semangat Malaysia Baru, diharapkan kita akan bersama-sama memperoleh kemakmuran dan kesenangan yang berpanjangan di bumi tercinta kita, MALAYSIA! - CARI 


6

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 29-8-2018 12:08 PM
11.satu2 negara di dunia ini yg warga asing boleh buat sukati mereka ialah Malaysia.
Quote Foxey 29-8-2018 12:31 PM
terima kasih lah atas informasi ini
Quote Eva_yy_Ellin 29-8-2018 03:34 PM
10. Setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang rakyat Malaysia, samada berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil atau Mandarin pasti berakhir dengan perkataan -LAH!



Wahahah. Serius betul lah!

Kalau nak tahu seseorang tu orang Malaysia, mesti ada partikel "lah" digunakan.
Quote fizafaizal 29-8-2018 03:42 PM
6. Roti canai yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dipercayai dibawa masuk dari negara India melalui pendatang India Muslim suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, roti canai tidak pernah wujud di India.


ape pulak takde.. parotha tu roti canai laa
Quote Ferr_Remy 29-8-2018 11:49 PM
Foxey: terima kasih lah atas informasi ini


Kih3 {:nose {:nose
Quote Ferr_Remy 29-8-2018 11:50 PM
fizafaizal: 6. Roti canai yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dipercayai dibawa masuk dari negara India melalui pendatang India Muslim suatu ketika d ...


Pratha lain... Roti canai mmg xde kt sana
Quote najib888 1-9-2018 02:05 PM
Roti canai.. Mungkin mai dari Chennai.. Roti dari Chennai.. Lama2 jadi roti canai..
Quote najib888 1-9-2018 02:31 PM
2. Nama "Malaysia" adalah gabungan perkataan "Melayu" di dalam bahasa Inggeris dan pengakhirannya berasal dari  bahasa Latin-Yunani yang berbunyi "-sia".

Sia dalam bahasa Latin- Yunani tu, maksudnya apa?
Nama Malaysia dah ada tertulis semenjak 1937. Rupert Emerson, antropologis dr USA, wakil CFR awal lagi dah cerita pasal Tanah Melayu, Federated Malay State tapi beliau istilahkan dengan nama Malaysia.
Boleh baca buku "Malaysia- A Study in Drect & Indirect Rule", 1937



Quote najib888 1-9-2018 02:39 PM
3. Lagu kebangsaan Malaysia "Negaraku" berasal dari lagu negeri Perak yang berjudul  “Allah Lanjutkan Usia Sultan”.
Dulu depa kata lagu Negaraku ni, asal dari rentak dan irama lagu negeri Perak, Terang Boelan.. Terang Boelan asal dari lagu Hawaii,.. Namun melodi ni kabarnya pula berasal dari lagu Perancis pula, La Rosalie..


Quote bakingsoda 1-9-2018 03:11 PM
yg no 7 boleh buat soalan math tu basically jawapan akhirnya adalah waktu malaysia kembali kepada yg asal la kan?
Quote najib888 1-9-2018 06:02 PM
Info menarik pasal asal usul nama Malaysia ada dalam akhbar kosmo hari ni. Nama Malaysia telah digunakan sejak tahun 1889, menurut Prof Madya Mat Zin Mat Kib dari UiTM Sabah la..
Quote ~boolean 1-9-2018 06:08 PM
Tak silap aku, tarikh kemerdekaan 31 ogos 1957 diputuskan oleh datuk Pak Lah setelah membuat tilikan (ilmu falak).

Betulkan aku kalau silap.
Quote EvieWanKenobi 1-9-2018 06:12 PM
tq for info tt..
Quote becir 3-9-2018 12:29 AM
Paling menarik fakta drive dari msia ke Norway...Sapa la nak cuba..
Quote Ferr_Remy 3-9-2018 12:46 AM
EvieWanKenobi replied at 1-9-2018 06:12 PM
tq for info tt..

Welcome huhu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.182135 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top