Persoalan yang biasa kita fikir, nak isi minyak apa? Ada orang kata: "minyak RON97 lagi power, lagi jimat minyak, kalau isi RON95 nanti enjin rosak"
Betul ke? Jawapannya, Ya...dan tidak. Jangan terlalu percaya pada kata-kata mereka yang suruh isi RON97 tanpa mengkaji apa kesannya. Jadi, minyak jenis apa yang saya perlu isi? Pertama sekali kita perlu tahu dan faham macam mana enjin berfungsi: Ini adalah contoh enjin jenis 4 stroke, enjin yang biasa ada dalam kereta, lori, bas. 4 stroke ini bermaksud enjin akan melakukan 4 perkara iaitu: 1. Intake - udara yang bercampur dengan bahan api dimasukkan kedalam silinder
2. Compression - campuran udara dimampatkan 3. Combustion - spark plug akan hasilkan percikan api dan membakar campuran udara tersebut, letupan yang terhasil menolak piston ke bawah 4. Exhaust - hasil pembakaran dibawa keluar dan proses ini diulang semula Seterusnya, kita perlu tahu apa itu RON RON adalah singkatan untuk Research Octane Number Octane atau Oktana adalah satu kompaun hidrokarbon yang mengandungi 8 atom Karbon (octa = 8) dan kompaun ini menjadi penanda aras atau benchmark untuk mengukur sejauh mana minyak boleh dimampatkan sebelum terbakar. Sebagai contoh, minyak RON 95 mempunyai ciri-ciri kemampatan 95% sepertimana oktana dimampat. Kalau kamu semua macam pening je baca, senang kata semakin tinggi nombor RON tu, semakin tahan minyak itu kepada mampatan sebelum ia terbakar. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang RON, nantikan post seterusnya. Jadi, saya nak kena isi RON95 ke RON97? ke RON100? Sebelum mengisi minyak, kita kena rujuk buku manual kenderaan masing-masing, kita perlu cari apa nisbah mampatan (compression ratio) enjin tu, sebagai contoh Perodua Myvi punya compression ratio adalah 10:1, jadi sesuailah kalau guna RON95. Misalkata kalau kamu ada Mercedes-Benz S350 BlueEfficiency, compression ratio untuk enjinnya pula 12:1, jadi eloklah guna RON97. Apa jadi kalau kereta yang sepatutnya guna RON97 tapi saya isi RON95 dan ke bawah? Sampai sini, ceritanya agak rumit sedikit. Enjin yang memerlukan minyak gred lebih daripada RON95 adalah enjin yang mempunyai daya mampatan yang tinggi, kita rujuk balik animasi yang atas sekali, kita tengok proses pembakaran atau combustion berlaku bila piston berada di atas sekali. Tapi, bila misalnya kita isi minyak RON95 pada kereta yang sepatutnya menggunakan RON97, belum sempat piston tu sampai ke atas, pembakaran dah berlaku, ini adalah keadaan dinamakan knocking. Benda ni akan jejaskan prestasi enjin, dan berpotensi merosakkan enjin, jadi ada betulnya ayat di atas tu, kalau silap isi memang lama-lama akan rosak enjin. Kesimpulan? Sebelum kita isi minyak, kita perlu tahu compression ratio kereta kita berapa atau fuel recommendation. Maklumat-maklumat ini boleh didapati dalam manual pengguna, atau Google je. - CARI |
13
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
17
Sedih |
15
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
PristineOne replied at 10-12-2018 07:25 PM
Keta Pokchik punya manual....tulih kena isi 97 ron minimum....kalu dapat isi ron 99 shell atau ron 1 ...
Megikari replied at 10-12-2018 06:02 PM
Sori i blur sikit... So minimum compression ratio utk ron97 tu sebenarnya berapa?
Btw, good info ...
Kenjiyan replied at 10-12-2018 11:15 PM
CR 11:1 ke atas kena pakai ron97
LautBiru52 replied at 10-12-2018 10:17 PM
Perasan kalau guna 97, bila speeding minyak turun macam air. Tapi best enjin pickup
palmolive replied at 11-12-2018 01:02 PM
kalu speeding pakai ron apa pun memang minyak turun cm air
Megikari replied at 11-12-2018 12:56 PM
Oooo.... Now i know. Thanks!
ADVERTISEMENT