CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terkejut, Rupanya Sudah Sebulan Tidur Beralaskan Kain Kafan..

17-8-2018 11:39 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9742| Komen: 22|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: @SonOfAryus dan google
Apabila ada dalam kalangan ahli keluarga yang meninggal dunia, kain kafan berwarna putih akan digunakan untuk membalut tubuh jenazah. Ada sesetengah daripada kita sengaja menyediakan kain kafan di rumah sebagai persediaan sekiranya ada berlaku kematian dalam ahli keluarga atau diri sendiri.

Kain kafan juga elok dibeli lebih supaya ia mencukupi dan tidak berlaku masalah tidak cukup kain ketika sedang menguruskan jenazah. Sekiranya ada lebihan kain kafan setelah selesai membalut tubuh jenazah, biasanya kain lebihan itu disimpan sahaja atau digunakan untuk pelbagai kegunaan agar ia tidak membazir. 

Seorang pengguna twitter telah memuat naik status yang agak lucu dan dalam masa yang sama menyeramkan. Apa tidaknya, lebih kurang sebulan dia telah tidur beralaskan cadar yang dibuat daripada lebihan kain kafan. Setelah dia mengetahui daripada emaknya yang cadar putih itu adalah asalnya daripada lebihan kain kafan, dia mengakui yang dia sentiasa rasa ingin bertaubat sebelum tidur. Alahai, sungguh kelakar.



Terhibur tapi turut rasa insaf

Ramai netizen yang rasa terhibur dan tidak mampu menahan gelak. Dalam masa yang sama, mereka turut berasa insaf. Sekurang-kurang mereka ingat pada kematian. 

Sesuai guna kain kafan untuk orang liat bangun subuh
Ada netizen berpendapat, bagus juga jika idea cadar putih daripada kain kafan itu digunakan kepada mereka yang liat bangun untuk solat subuh. Jika ada yang tidak mahu bangun solat, bungkus sahaja mereka seperti mayat dengan menggunakan cadar alas tidur itu. 


Dah tahu kain kafan, masih nak guna ke cadar tu?
Ada juga netizen yang ingin tahu adakah lelaki ini masih mahu menggunakan cadar putih tersebut? Lucunya, dia berasa seram untuk menggunakan cadar daripada lebihan kain kafan itu lagi setelah dia mengetahui. Sedangkan sebelum ini elok sahaja dia tidur beralaskan kain kafan. 
Jika difikirkan, apalah sangat menggunakan kain lebihan daripada kain kafan itu untuk dijadikan cadar. Tetapi ada orang yang tidak kuat semangat dan berasa lain macam apabila mengetahui kain itu sebenarnya adalah kain kafan. Apa-apa pun terpulang pada diri masing-masing. Betul tak? - CARI 

20

Bagus
18

Marah
15

Terkejut
21

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 17-8-2018 11:46 AM
lohhh..ingatkan kain kafan yg dah guna, takde bezanya pun kain kafan dgn cadar putih tu kalau belum guna...
Quote myakayina 17-8-2018 11:58 AM
yg tak guna lagi takpelah..takde hal pun..
Quote RatuDunia94 17-8-2018 12:08 PM
Iols pernah berselimutkan kain batik yg dh guna utk tutup mayat arwah atok iols. Nasib masa tu kecik lg x tau ape2. Haha
Quote prettyuglybabe 17-8-2018 12:13 PM
apa beza kain putih yang dibuat kafan dengan kain putih lain?
Quote lasagnaklcc 17-8-2018 12:23 PM
Wkt kecik2 sekolah agama dulu selalu dpt hadiah kain putih. Taktau la utk baju sekolah ke, telekung ke,atau kain kapan.
Quote munchkin 17-8-2018 12:28 PM
Poyo. Its just kain cotton pun. Semua batak nak upload.
Quote cmf_premierleag 17-8-2018 12:35 PM
munchkin replied at 17-8-2018 12:28 PM
Poyo. Its just kain cotton pun. Semua batak nak upload.

khueen..budak2 twidder mmg ngok pun
bende simple mcm tu pun nak dibesar2kan citer
tu blom lg dgn kisah disetubuhi jin la bagai
jijik akak dgn bdk2 twidder nih
Quote drivethru 17-8-2018 12:53 PM
Hasanah vesi zul dan emak.
Quote MsKoreanfanatic 17-8-2018 02:00 PM
tak berani nak gelak lebih2 seram pun ada...
Quote buapakperut 17-8-2018 02:50 PM
lol lebihan kafan jevdekk?? napa ko terasa aura pocong ke? tahyul sangat kan ko di zaman millenia ini. syukurlah dapat lebihan kafan, ada orang tidur jevkat tilam berpeta2 dan berhama tu.
Quote saviour_09 17-8-2018 03:57 PM
hehehehehehe
hiburan dak2 twiddeerrrr
Quote eyansss 17-8-2018 04:06 PM
prettyuglybabe replied at 17-8-2018 12:13 PM
apa beza kain putih yang dibuat kafan dengan kain putih lain?

bidang kain kapan lagi besar...  pastu kain kapan ni agak tebal dan sedikit kasar...  tu je bezanya...  yang aku tau la...
Quote EvieWanKenobi 17-8-2018 07:37 PM
benda cam ni pun nak share..
Quote VuJiE 17-8-2018 08:25 PM
sebab nama dia kain kapan maka harus viral
Quote belilies 17-8-2018 09:12 PM
Whatever it is, iols takkan minat heshe. Boring. Next!
Quote esbok 18-8-2018 05:48 PM
Jangan kata kain kafan. Abg aku masa kecik bole plak tidur sebelah jenazah atuk aku. Mengelesak smapai nak peluk jenazah. Alhamdulillah jadi orang
Quote chazey 18-8-2018 08:03 PM
munchkin replied at 17-8-2018 12:28 PM
Poyo. Its just kain cotton pun. Semua batak nak upload.

Kan. Ala2 cadar bebudak asrama jah pon. Ceh.
Quote mjla 18-8-2018 11:17 PM
Ala sembang
Cuba ado tino tido sebelah
Tobat kemana kain kapan kemana
Quote rogayahtop 19-8-2018 02:14 AM
no komen la spesis twitter/ig lembam ni. baju bundle org dah mati boleh mintak balik, lebihan kain kapan buat cadar pun jadi isu.

punya la banyak akaun ig menarik, akaun fonen, bodybuilder tayang tetek, retis takde gred jugak yg difollow.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039642 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top