CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwa Nabi Muhammad Seorang Wanita, Kerajaan Ubur-Ubur Sebar Ajaran Sesat

17-8-2018 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4034| Komen: 17

Sepasang suami isteri sedang menjadi perbualan hangat di Indonesia kini apabila dikatakan menyebarkan ajaran sesat Kerajaan Ubur-Ubur.

Ajaran ini mendakwa yang Nabi Muhammad SAW adalah seorang wanita dan amalan pemujaan dilakukan di rumah mereka di Serang, Banten, dengan diiringi zikir.


Aisyah, Kredit foto: Tribun News
Tribun News melaporkan, suami isteri yang mendakwa dirinya sebagai Ratu Kidul dan Raja Rudi itu dikatakan aktif menyebarkan ajaran tersebut sejak enam bulan lepas.

Ratu Kidul sering memuat naik video ajarannya di media sosial sementara Raja Rudi menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan minyak pengasih dan pelaris.

Ratu Kidul atau nama sebenarnya Aisyah mengakui menganut agama Sunda Wiwitan namun mengikuti ajaran al-Quran dan percaya dengan Allah SWT.


Aisyah mendakwa dia mempunyai akses bank di luar negara dan boleh mencairkan dana milik rakyat Indonesia.

Syaratnya adalah mereka perlu melakukan ritual zikir Kerajaan Ubur-Ubur pada malam Jumaat hingga 4 pagi.

Ketua Polis Serang, Komarudin berkata, “Zikir itu kononnya bagi membuka kunci kekayaan rakyat Indonesia yang selama ini terpendam."

“Anggota kumpulan itu bukan masyarakat setempat. Kebanyakannya pendatang berasal dari Jawa Timur dan Jawa Tengah.” 

Kredit foto: Detik.com
Polis sudah menahan 12 orang termasuk pasangan suami isteri itu.

Sementara itu Setiausaha Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kota Serang, Anas Tajudin berkata,

“Kesimpulan kami dia bukan Islam. Dia menyebarkan menggunakan nama al-Quran."

Menurut sumber lagi, pasangan itu dan pengikutnya tidak pernah solat berjemaah di masjid atau surau, selain mengamalkan zikir khas yang berbeza dengan zikir umat Islam.

Aisyah juga menyatakan Tuhan memiliki makam, Nabi Muhammad adalah wanita, mencium Hajarul Aswad ketika melakukan haji dan umrah seperti mencium kelamin perempuan serta Kaabah bukan kiblat umat Islam tetapi tempat pemujaan berhala. -CARI
13

Bagus
23

Marah
19

Terkejut
19

Sedih
28

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnySins 17-8-2018 10:38 AM
kerajaan dubur-dubur indon...wakakakakakkakaakka
Quote grouper 17-8-2018 10:43 AM
Maybe pengasasnya ada kaitan ngan dewa huduh yg ada tinju maut raja obor obor
Quote kucen_miang 17-8-2018 10:47 AM
JohnnySins replied at 17-8-2018 10:38 AM
kerajaan dubur-dubur indon...wakakakakakkakaakka

wakakakakaka...indon gagal total
Quote arareez 17-8-2018 11:14 AM
Ada lagi ke org terpengaruh dgn ajaran sesat zaman sekarang ni...sepatutnya makin enlightened sbb makin maju...
Quote palmolive 17-8-2018 12:22 PM
grouper replied at 17-8-2018 10:43 AM
Maybe pengasasnya ada kaitan ngan dewa huduh yg ada tinju maut raja obor obor

pengaruh komik Pendekar Laut ni
Quote samasam90 17-8-2018 01:34 PM
palmolive replied at 17-8-2018 04:22 AM
pengaruh komik Pendekar Laut ni

hahaham baru nak cakap..
Quote rogayahtop 17-8-2018 01:55 PM
terlambat beberapa ribu tahun kak
Quote unoryah 17-8-2018 01:56 PM
dah nyata salah, masih ada yang nak percaya
Quote MsKoreanfanatic 17-8-2018 01:57 PM
macam macam hal
Quote devilito2 17-8-2018 04:06 PM
rosak betul... semoga dapat dibendung
Quote tomaz 17-8-2018 04:19 PM
Nama kerajaan pon mcm hape. Ubur ubur. Boleh recruit geng2 raver ler
Quote renko 17-8-2018 05:24 PM
indon
ape nak heran
akal tahap dubur xcebok
Quote 華沙論賤 17-8-2018 07:01 PM
Hidup indon
Quote dani-rox 17-8-2018 07:06 PM
pengikut belah kanan tu dah abis kain ka nak buat jubah, mcm shower curtain jah
Quote jcopy 17-8-2018 07:07 PM
ada dia kata tuhan tercipta dari getaran tak??

Quote Dwdrum 23-8-2018 01:19 AM
Bila pula nabi ada di kalangan wanita
1500 tahun dahulu wanita di layan seperti hamba jah sebagai object sex pemuas nafsu lelaki jah ... tuhan halalkan cara jah ... ter masuk tawanan perang
Silap zaman sis kalau sister ini wujud 1400 tahun dahulu patut jadi feminist dulu baru boleh jadi nabi itu pun kalau boleh survive (hilang kepala)  
Quote FOTHER-MUCKER 23-9-2018 03:45 AM
arareez replied at 16-8-2018 07:14 PM
Ada lagi ke org terpengaruh dgn ajaran sesat zaman sekarang ni...sepatutnya makin enlightened sbb ma ...

Agama akan terus berevolusi dan juga mencipta agama baru.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.049838 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top