Ramai yang suka melancong bukan? Tetapi berapa ramaikah di antara kita yang suka melancong ke luar negara sambil berharap dapat melihat kuasa ghaib atau makhluk halus mengikut budaya masyarakat tempatan di depan mata?
Mungkin kedengaran agak pelik, tetapi memang ramai yang berminat untuk melancong ke luar negara sambil melihat hantu! Percaya atau tidak, terdapat banyak pakej pelancongan yang memfokuskan lawatan ke kawasan berhantu yang popular di seluruh dunia!
Tidak kira di mana sahaja anda melancong, mungkin ada rumah, hotel, atau tempat bersejarah yang berpenunggu yang boleh anda lawati. Berikut adalah senarai 10 tempat berhantu yang sangat indah dan cantik di dunia sekiranya anda berminat dengan dunia pelancongan dan mistik! 10. Bhangarh Fort, India
Sumber foto: Google Hanya dua ratus batu dari Delhi, kubu terbengkalai ini terletak di tengah-tengah padang pasir. Legenda mengatakan bahawa seorang ahli sihir telah menyumpah kawasan itu setelah ditolak oleh seorang puteri tempatan. 9. The Fairmont Banff Springs Hotel, Calgary, Alberta Sumber foto: Google Sejak ia dibina pada tahun 1888, hotel ini telah dikaitkan dengan pelbagai aktiviti paranormal. Salah satu legenda yang paling terkenal adalah Hantu Pengantin, di mana dia dilaporkan menunggu kedatangan para tetamu di dewan tarian hotel sambil berpakaian pengantin. 8. Tower of London, London, England Sumber foto: Google Ramai tokoh terkenal telah memilih Menara London sebagai tempat persemadian mereka. Kubu benteng yang terkenal ini telah merekodkan pelbagai penampakan royalti Inggeris, termasuk Anne Boleyn dan Mary, Ratu Skotlandia. 7. Tao Dan Park, Bandar Ho Chi Minh, Vietnam Sumber foto: Google Tao Dan Park mungkin kelihatan seperti syurga pada waktu siangnya, tetapi menjelang tengah malam, penduduk tempatan mendakwa taman itu kelihatan sangat suram dan menyeramkan. Khabar angin mengatakan bahawa hantu seorang lelaki muda yang terbunuh dalam serangan pada zaman dahulu masih bersiar-siar di taman itu, mencari cintanya yang hilang. 6. Edinburgh Castle, Scotland Sumber foto: Google Kubu abad ke-12 ini telah melakar sejarah selama berabad-abad lamanya. Banyak pengalaman yang berbeza telah dilaporkan selama bertahun-tahun, termasuk muzik yang tidak dapat dijelaskan tiba-tiba bergema di dalam dewan. Sesetengah tetamu percaya muzik itu berasal dari hantu pemuzik yang bermain "bagpipes" yang meninggal di istana. 5. The Catacombs, Paris, Perancis Sumber foto: Google Catacombs Paris sememangnya salah satu tempat yang paling menakutkan di dunia, dengan beratus batu panjangnya terowong itu yang berfungsi sebagai tempat pengebumian bagi penduduk Paris pada tahun 1700-an. 4. Corvin Castle, Hunedoara, Transylvania Sumber foto: Google Sekiranya anda sedang mencari kebenaran di sebalik mitos Drakula, silalah terus berjumpa dengan Vlad the Impaler yang pernah bermaustatin di bangunan ini. Penguasa yang sangat dahagakan darah itu ditahan di Kastil Corvin di Transylvania, di mana banyak penampakan pelik telah dilaporkan. 3. Lawang Sewu, Indonesia Sumber foto: Google Bangunan bekas keretapi (dan penjara Perang Dunia II) yang terletak di Semarang ini dipercayai menjadi tempat paling berhantu di Indonesia. Di antara hantu yang telah dilaporkan berada di sini adalah roh seorang wanita Belanda, hantu tanpa kepala, dan juga kuntilanak (pontianak). 2. Pulau Jerejak, Penang, Malaysia Sumber foto: Google Sekiranya anda kekurangan bajet untuk bercuti ke luar negara, tetapi masih mahu bercuti di kawasan yang menyeramkan, pilih saja Pulau Jerejak yang terletak di Pulau Pinang! Tetapi awas, melangkah kaki di kawasan ini juga akan membuatkan anda berasa seram di mana tempat ini juga terletaknya penjara yang mengasingkan penjenayah berprofil tinggi dan juga tempat pengasingan untuk mereka yang berpenyakit kusta, suatu masa dahulu! 1. Hutan Aokigahara, Jepun Sumber foto: Google Hutan Aokigahara yang mendapat jolokan "Lautan Pokok" ini terletak berdekatan dengan Gunung Fuji di Jepun. Mempunyai pemandangan yang sangat indah, tetapi jangan terpedaya kerana hutan ini juga sangat terkenal sebagai tempat bunuh diri di kalangan penduduk Jepun! Seperti kita juga, mereka tidak suka diganggu. Oleh itu, tidak kira bagaimana sekalipun, sekiranya anda melancong ke tempat-tempat di atas, jangan lupa menunjukkan "mereka" rasa hormat dan jaga tingkah laku anda. Anda dinasihatkan memberi salam kepada mereka sebelum melangkah masuk ke kawasan mereka dan jangan lupa mengucapkan 'terima kasih' sebelum anda pergi! -CARI |
20
Bagus |
24
Marah |
18
Terkejut |
21
Sedih |
33
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 21-8-2018 12:06 PM
Iols.tgk.hantu kak.limah pon dh.ok.dah...
Xnak.la.hantu lain
Ferr_Remy replied at 21-8-2018 11:22 PM
Kak Limah uols balik Ipoh leh la tgk.. xpun google je gambo Kak Mah
shernazz replied at 22-8-2018 08:21 AM
Tu dhnjadi mimpi ngeri buat iols..hahaha
Eh..sarang art mamat khalid tu kat mana ek? Iols rasa.cm ...
Ferr_Remy replied at 22-8-2018 08:26 AM
Iols x tau la.. Restoran ke tu.. Aritu iols nmpak mamat khalid n family makan kat assam pedas hous ...
shernazz replied at 22-8-2018 08:31 AM
Kedai mamat khalid..slalu ada org promot..tp.iols xtaunlokasi di mana..hahaha...
Assam pedas hous ...
merrissa replied at 22-8-2018 08:01 PM
untuk yg xde budget nak g jejauh.....melancong jela di msia....insyaAllah jumpe la cik ponti, cik po ...
tikusmontok replied at 23-8-2018 10:28 AM
Is the Fairmont Banff Springs Hotel … haunted?Some of the guests that have stayed with the Fairmo ...
winamp05 replied at 23-8-2018 12:08 PM
kenape ni.... kenape ni.... blur.... nak move ke hape ni ?
shernazz replied at 22-8-2018 08:21 AM
Tu dhnjadi mimpi ngeri buat iols..hahaha
Eh..sarang art mamat khalid tu kat mana ek? Iols rasa.cm ...
Catpaw replied at 30-8-2018 10:07 AM
Kat Tanjung Malim chuols. Tersesat ke kedai dia hari tu. Nampak cam ade band main music di sittew
shernazz replied at 30-8-2018 12:06 PM
Ye ke..kat tjg.malim ek..
Best x makanan dia?
Iols teringin btol nak gi...
Catpaw replied at 31-8-2018 09:42 AM
Yup kat TM dekat dengan line komuter. Tak pernah makan kat situ, cuma tersesat ke sana. Nampak cam ...
ADVERTISEMENT