Biasanya kaki-kaki bola ni akan lepak di mamak untuk layan bola. Berita baik buat anda yang berada di Puchung, Hooligans Kafe, merupakan sebuah kafe yang berkonsepkan bola sepak dan sesuai untuk anda yang hantu bola.
Dekorasi kafe yang menggunakan jersi-jersi dan juga merchandise bola sepak kelab-kelab terkenal menjadikan kafe ini seperti sebuah kedai menjual barangan sukan. Hooligans Kafe terletak di Jalan BK5A2, Bandar Kinrara, Puchong beroperasi setiap Isnin - Ahad 12pm-2am ( Selasa tutup).
Menarik di Hooligan Kafe Menu yang menarik tetapi harga murah Ya! Dengan harga RM 10 sahaja, Butter Milk Chicken yang sangat terbaik!. Selain harga yang murah, portion dia pula besar. Ayam kelililing pinggan. Selain itu, Spaghetti Curry Laksa dia juga padu! Dengan harga RM14 je semangkuk anda akan dapat menikmari semanggukuk mee kari dengan kuah kari yang berlemak dan sedap! Makan FREE Dengar je makan free mesti seronok kan? Ya! Hooligans kafe memberi peluang kepada pare pengunjungnya untuk MAKAN FREE. Tetapi dengan syarat, anda perlu sertai Fantasy EPL dan join Hooligans League. Bagi anda yang mendapat point paling tinggi minggu itu, anda akan dapat MAKAN FREE! Saluran bola di skrin besar Ok! Setiap malam skrin TV besar akan dibuka diluar kedai untuk para pelanggan layan bola ramai-ramai. Jadi, kalau musim piala dunia, sudah pasti suasa di kafe ini sangat meriah. Anda jangan lepaskan peluang untuk sama-sama merasai kemeriahan ini. - CARI Kredit Foto: @Ashril_92 |
8
Bagus |
9
Marah |
21
Terkejut |
22
Sedih |
20
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT