CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bimbing Sampai Sini Sahaja, Hazama Suruh Ucop Pilih Jalan Sendiri

16-8-2018 02:58 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 8453| Komen: 31|Original author: Oleh: Amirah

Setelah sekian lama membuka ruang untuk anak didiknya Usop bermula dari program realiti, akhirnya Hazama telah membuat keputusan untuk tidak lagi memberi tunjuk ajar kepada Usop.


"Saya hanya bukakan pintu untuk dia dan selepas ini Usop harus mencari jalannya sendiri.

Foto: Harian Metro
"Saya rasa selama 10 minggu, saya dah bagi habis dekat dia dan sekarang terpulang kepada dia bagaimana nak gunakan segala ilmu yang telah saya berikan.

"Mungkin jodoh saya dengan dia tak panjang tambahan pula pihak pengurusan dah berbeza," katanya kepada Media Hiburan.


Hazama berharap agar Usop membina karakternya sendiri dan tidak mahu bakatnya dibayangi Hazama sendiri. Ini adalah yang terbaik untuk masa depan penghibur muda ini.

"Saya tak nak guide dia banyak-banyak takut nanti dia terikut-ikut sepenuhnya cara saya.

"Bila dia tiru saya, saya yang akan untung dan orang akan semakin kenal saya dan yang akan rugi adalah dia sebab tiada identiti,"luahnya lagi.


Keputusan untuk membiarkan Usop mencari haluan sendiri adalah titik permulaan yang baik untuk kematangan dirinya sendiri.

"Saya yakin Usop boleh bawa diri punya kerana semua ini adalah proses pembelajaran baginya.


"Sebelum saya menjumpai Hazama yang sekarang, saya pun tiru orang lain juga tapi lama-kelamaan saya jumpa identiti diri saya yang sekarang.

"Saya percaya masa akan mematangkan Usop," tambahnya lagi.

Harap Usop berjaya membawa diri dalam industri hiburan. Berbaiklah dengan artis senior agar tidak menyimpang dan lupa diri. - CARI
30

Bagus
33

Marah
26

Terkejut
27

Sedih
34

Lawak
41

Bosan

Friends Rank (191 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote holothurian 16-8-2018 03:13 PM
batu mana nieh?ucop who?
Quote buapakperut 16-8-2018 03:31 PM
belengas eh muka
Quote datinamanda 16-8-2018 04:59 PM
berangannya nak jadi artis. dah lah kalah
Quote sheqim 16-8-2018 05:02 PM
si balqis tu ponkelaut uols.. dh kawen dgn anak kaya selamat sudehhhhh
Quote clarizsa 16-8-2018 05:05 PM
Sampah
Suara pun x elok mana
Rupa apatah lagi
P balik kedah kerja pakgad la weih
Quote HannahMontana 16-8-2018 05:29 PM
Kepada semua yang nak jadi artis

1. kena lawa ,lelaki atau perempuan kena lawa

2.kena boleh nyanyi atau berlakon

3.kena jadi bahalol

4.wajib poyo


Quote eLiaD 16-8-2018 05:30 PM
ni yg kononnye gempak ada aura mcm suMawi tu kn..last2 sorg pon X knal.. bek ko main tik tok je doh
Quote giyomi 16-8-2018 06:22 PM
dgn keadaan ekonomi yg tak menentu dan rupa yg huuuh berserta bakat yg tak seberapa, baik lupakan hasrat jadi artis, kena lak yg cipta lagu si budak sewel masih muda mild depression tu.
Quote unguaurora 16-8-2018 06:38 PM
Pelik gak ramai peminat heols masa mentor dulu
Quote biozipstar 16-8-2018 07:17 PM
hahaha x kenal pn. sorry..
Quote tobobon 16-8-2018 08:12 PM
unguaurora replied at 16-8-2018 06:38 PM
Pelik gak ramai peminat heols masa mentor dulu

classic case....people will root someone yang miskin tetiba dapat peluang besar

mcm mas af dulu lah
Quote wordlife 16-8-2018 08:14 PM
Ucop viral masa mentor dulu sbb kisah dia kena reject berkali kali masa audition
then bila pertandingan dia ada up & down, knowing Media Prima dorang tak reti la nak manage artis dorang.. tgk je juara dia Elica? kemana sheols sekarang

Along si Protege Tomok tu paling awal keluar lagu, bagus lagu dia
cuma radio tanak putar

Ucop ni Hotfm beria push lagu2 dia masa yg sendu tu ape ke OST ape tah
tapi still orang tak peduli

Quote shahazleen 16-8-2018 08:17 PM
Ingt dulu ms dia awal2 menang tgk ig dia jual baju raya design bunga2 ke iols tak ingt da Lps tu hilang
Quote cmf_blingblings 16-8-2018 08:42 PM
giyomi replied at 16-8-2018 06:22 PM
dgn keadaan ekonomi yg tak menentu dan rupa yg huuuh berserta bakat yg tak seberapa, baik lupakan ha ...

Habis tu dah semua nak tengok rupa baru nak kasi lagu dia rembat ajalah dah ada org offer lagu, silap-silap cheap sale, alhamdulillah ler dari tak ada. Hazamapun suam-suam kuku gak nak idup
Quote debab76 16-8-2018 09:14 PM
pastu tv3 masih berangan lagi yah produce Mentor season baru. dgn alasan hanya menyediakan platform sajork gitewh! lps abih program, semua kelautan hindi
Quote kroit92 16-8-2018 11:24 PM
mentor?? ada lagi ke rancangan tu?

oh my.. lama gila tak bukak tv3.. sekarang dah banyak channel, tak tengok tv, bukak internet, tak bukak pc, tengok handphone

payah le kome artis nak bersaing zaman banyak skrin ni
orang pun tak kenal
rancangan pun rating rendah nanti
Quote hyie 16-8-2018 11:32 PM
tetiba meols teringat Clever Girl siang tadi. Tahun ni takde ke chuols? Meols gigih yach join jawab soalan fefeeling educated gituh

Ucop nih kalau di makeover helok jah...pastu kena topup tahap keyakinan diri dan reti bawak diri. Si Qody protege black ade je gigih join main bola sesama...anak fauzi nawawi plak senyap...
Quote MarissaOberlin 17-8-2018 12:02 AM
Hakak nampak only Black je from Mentor yang boleh letupsz pun. Juara yang lain ? kelaut chuols ! Kalau nasib baik dapat le jadi pelakon. Kalau berlakon pun kayu balik kampung je la diknon
Quote hangdenim 17-8-2018 12:09 AM
Nak komen pun tak selera.......

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.037793 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top