CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alami Kemurungan, Hafiz Hamidun Jumpa Pakar Sakit Jiwa

16-8-2018 02:35 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16942| Komen: 121|Original author: Oleh: Saiful

Hafiz Hamidun mengakui dirinya bagai separuh gila semasa berdepan dengan kemelut perkahwinan yang dilaluinya tahun lepas.

Beratnya turun mendadak, tak boleh lelap mata, hilang selera makan dan dilanda kemurungan selama enam bulan.


Hafiz berada dalam keadaan tidak tenteram selepas berdepan krisis rumah tangga dengan Joy Revfa, 31.


Susulan itu dia terpaksa meminta bantuan pakar termasuk psikiatris bagi mententeramkan jiwanya.

"Saya hanya manusia biasa dan memerlukan bantuan psikologi. Saya bukannya orang bijak pandai yang tahu semua perkara. Alhamdulillah, ramai yang membantu saya bertemu beberapa pakar supaya lebih tenang dan tidak berputus asa dengan ujian yang menimpa.

???Saya tidak mahu menjadi manusia yang berputus asa sehingga menjejaskan kesihatan. Saya boleh abaikan semuanya, tetapi saya masih ada tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya. Saya juga boleh membiarkan hidup dibelenggu masalah, tetapi adakah itu teladan baik yang harus ditunjukkan kepada masyarakat?

"Bagi saya, tidak semestinya dalam keadaan salah, kita tidak boleh memperbetulkan kesilapan. Itulah juga pelajaran yang saya terima. Dan, tidak selamanya kita betul dan orang lain salah," katanya kepada BH Online.


Dia juga terkesan bila ada yang menuduhnya sebagai suami enam hari, tak mampu memberi nafkah batin, tak bertanggungjawab dan gay.

"Kesan buruknya bukan saja pada jiwa, tetapi kerjaya dan perniagaan. Saya mengambil masa selama enam bulan untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal.

"Lebih memberikan tekanan, banyak tawaran projek terbatal pada saat akhir. Saya tahu, kebanyakan penganjur menghormati masalah saya hadapi, tetapi soal kerjaya dan peribadi tiada hubung kait. Saya terima dan reda dengan ujian Allah ini."


Bagaimanapun penyanyi ini tidak berdendam dengan sesiapa pun.

"Saya mengaku bukan manusia sempurna dan saya hanya orang biasa. Saya juga masih ada keinginan untuk berkeluarga dan memiliki anak. Sudah tentunya saya mahu membahagiakan ibu bapa saya.

"Saya anggap orang yang menuduh dengan perkara bukan-bukan tidak faham apa yang berlaku kepada saya. Kalau marah pun tiada gunanya, nanti orang tuduh saya suka melenting pula. Namun, saya memang tidak layan persoalan bukan-bukan dalam laman sosial. Baik saya sekat saja." -CARI
20

Bagus
22

Marah
21

Terkejut
17

Sedih
19

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siti_Mustaqim 16-8-2018 02:42 PM
zikirlah byk byk. semoga mendapat ketenangan
Quote chazey 16-8-2018 02:43 PM
Apa tak murung dah ex gila kutuk lemah tenaga batin bagai publicly.
Quote chazey 16-8-2018 02:51 PM
Edited by chazey at 16-8-2018 02:53 PM

Akak battle depression takat tengok klip Youtube jeh. Akak sekarang apply law of attraction dalam hidop akak yang akak blaja di Youtube. Ya ya it is so unislamic malah sebenarnya satanic bila akak dig deeper into the thing karna foundernya (Esther Hicks) klaim sheol blaja menda ni dari ancient spirit/entiti yang sheol gelar Abraham () but who cares it kinda works. Akak ambik yang positif jah gituh. Pi korang google if nak tahu lebey lanjut.

@dinopower2
Quote SLAManya 16-8-2018 02:51 PM
dealing with psychopath will effect u
hujung2 yang sihat pula jadi psycho/trauma/depress teruk
selalu macam tu
so kalau nampak ur partner tu lain maciam kelakuannya tu
cepat2 lah angkat kaki sebelum korang pula yang berjangkit

ingat ayat ni
"its better to have loved and lost... than to live with a psychopath for the rest of ur life"
Quote mieymiey 16-8-2018 02:54 PM
Kesian HH sampai alami kemurungan.
Joy pula aman aman jah melaram, siap berbaris jejan nak menikahi sheols
Quote gummygummy 16-8-2018 03:02 PM
pernah jmp depan2, petite je dia ni rupanya
Quote maeye 16-8-2018 03:08 PM
chazey replied at 16-8-2018 02:51 PM
Akak battle depression takat tengok klip Youtube jeh. Akak sekarang apply law of attraction dalam hi ...

xpela kaka. kalau fikirkan law of attraction ni kan kira kita husnozzhonnnn kepada apa jua yg tuhan tetapkan. sangka baik dgn tuhan, insyaAllah akan diberikan kebaikan. kalau tak pun, kita akan nampak kebaikan dalam apa jua situasi.


positivityyyy gittewww
Quote SLAManya 16-8-2018 03:16 PM
joy mohon pergi buat rawatan juga la
sepatutnya kau yang kena pergi refer psychiatrist
Quote manehnya 16-8-2018 03:23 PM
tudia penangan revya joyah
Quote chinta89 16-8-2018 03:24 PM
sbnrnya bg ak org luar yg tak x tahu ape2 ni (deols berdua yg alami so deols lbh tahu ape mslh deols).

sblm kawin tu settle la dlu kes perkahwinan terdahulu. ak masih kesiankan apih midon dan joy repah... msg2 ngn ego msg2.

ko tu lelaki apih, patut mse ni buktikan ko ketua keluarga mampu handle mslh yg datang. ni blm apa2 pancaroba alam kawin, dh x leh settle pape..

ak x d ela salahkan pihmidon. juga x salahkan repah joy.

cuma bsimpati kerana kedua2nya nk kawin mencari bahagia tp apekah daya jodoh stkt tu je.
Quote borrow 16-8-2018 03:26 PM
If ai terlebih gula , ai cpt marah. If ai lapar , ai jd rimas , sakit kepala.

So langkah utama jg pemakanan.  Coz  diet  pun ada kaitan dgn depression katanya.
Quote chazey 16-8-2018 03:28 PM
maeye replied at 16-8-2018 03:08 PM
xpela kaka. kalau fikirkan law of attraction ni kan kira kita husnozzhonnnn kepada apa jua yg tuha ...

Gitulah chuolssss. Kita kaitkan dengan Tuhan gitu. Lagipun kan ke law of attraction ni ajor agar beriman sunggoh2 dengan hapa yang kita pircaya walaupun kita belom terima benda tu supaya ia jadi nyata/termanifestasi menjadik real. So tak jaoh beda dengan ajaran agama pon.
Quote chazey 16-8-2018 03:29 PM
borrow replied at 16-8-2018 03:26 PM
If ai terlebih gula , ai cpt marah. If ai lapar , ai jd rimas , sakit kepala.

So langkah utama j ...

Iya sister. Aiol pon perasan diet sangat berkat rapat dengan emosi lagik orang pompuan.
Quote cmf_premierleag 16-8-2018 03:32 PM
chazey replied at 16-8-2018 02:51 PM
Akak battle depression takat tengok klip Youtube jeh. Akak sekarang apply law of attraction dalam hi ...

apa uols tulis ni..iols baca 10 kali pun x paham
mohon lukis jah...picture photos speaks better than words
Quote buapakperut 16-8-2018 03:33 PM
kalau iols dapat ex mcm tu 10x lagi kemurungan, kabilah bodoh,mulut syetan dan kerang ganas
Quote buapakperut 16-8-2018 03:35 PM
mieymiey replied at 16-8-2018 06:54 AM
Kesian HH sampai alami kemurungan.
Joy pula aman aman jah melaram, siap berbaris jejan nak menikahi ...

masih di alam fairytale dihuni admirers dan selpi bersama ostaj muda aummm
Quote sukabacaje 16-8-2018 03:39 PM
maybe ramai yg gelak and ramai yg bagi pandangan simple sprti bykkan zikir , solat and baca quran. actually bukan semudah itu yach. sb tu org malaysia ni ramai bodoh dan sewel. psycho ni diorg bukan rujukan utk org giler je. even dalam company bsns pun diorg guna pakar psycho untuk HR mcm mana nak handle staff, rujukan allocate staff sekiranya staff attitude mcm ni mcm ni.
Quote zuuu 16-8-2018 03:46 PM
Gila x depress,isu rumahtangga jdi bahan bualan satu malaysia smpaikn kemampuannya d atas bilik tidur dpertikai...kalo org lain harus dh trauma nk kahwin lgi
Quote pearl.silver 16-8-2018 04:03 PM
Bestnya meow dia

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.172271 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top