Anda mesti pernah dengar nama kuih Kuba Guling yang pernah viral tak lama dahulu. Kini ada pula burger yang dinamakan Burger Kuba Guling yang dijual di Tumpat,Kelantan.
Menurut pengusaha burger ini, Mohd Azizi Ibrahim, pada mulanya burgernya tidak diberi nama lagi. Kemudian disebabkan rupa burger ini mirip kuih viral itu, ia mula digelar Burger Kuba Guling oleh pelanggannya. Kebetulan tepung yang digunakan untuk membuat roti burger sama dengan tepung yang digunakan untuk membuat kuih Kuba Guling.
Menurutnya lagi dia memilih roti berwarna hitam kerana kelihatan eksklusif dan mahal. Manakala daging lembu dan daging ayam dikisar sendiri kemudian diperap menggunakan jintan, kunyit dan beberapa ramuan rahsia lain kemudian baru dibakar. Saiz burger Kuba Guling ialah enam inci dan beratnya kira-kira 300gm dan ia boleh dimakan bersama dua orang. Burger Kuba Guling dijual dengan harga RM10 sebiji. Sebanyak kira-kira 200 biji burger berjaya dijual dalam sehari! Menurut pemiliknya, dia ingin membuka cawangan lain di masa akan datang. Buat masa ini hanya ada di Kelantan, jomlah ke sana! Lokasi: Berhadapan Bayan Residency, Jalan Damai Bayan, Cherang, Tumpat, Kelantan Waktu Operasi: 5 petang hingga 12 malam Hubungi: 014-3769347 -CARI |
7
Bagus |
30
Marah |
7
Terkejut |
25
Sedih |
46
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89: ade je org lain buat burger hitam gini. bukan yg ni first. just luck di ala sb buh nama kuba guling.
ADVERTISEMENT