Berikutan kos penyelenggaraan kapal mewah Equanimity terlalu tinggi iaitu RM3juta sebulan, kerajaan ingin segera menjual kapal berkenaan kepada individu atau mana-mana pihak yang berminat melalui proses pembidaan.
Hasrat itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam sidang media selepas membuat lawatan ke kapal mewah tersebut bersama beberapa menteri kabinet Sabtu lalu. Terbaru, memetik laporan Watan Online, ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dilaporkan berhasrat untuk membida kapal mewah Equanimity yang bernilai RM1 bilion itu.
“Saya akan mengadakan sidang media untuk memberi penjelasan penawaran diri untuk membida jualan kapal mewah itu,” katanya yang tidak mendedahkan jumlah harga bidaan. Difahamkan mahkamah memerlukan masa sehingga sembilan bulan bagi mengenal pasti pemilik sebenar Equanimity sebelum membukanya untuk dijual atau dibida. Kapal yang didakwa milik ahli perniagaaan Low Taek Jho atau Jho Low menggunakan dana 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB) kini disita di Bousted Cruise Centre di Pelabuhan Klang. Kapal itu ditahan pihak berkuasa Indonesia di Bali pada 28 Februari lalu ekoran pendedahan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat sebelum tiba di perairan Malaysia awal minggu lalu. - CARI |
29
Bagus |
38
Marah |
27
Terkejut |
37
Sedih |
24
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sukacactus replied at 14-8-2018 06:58 AM
Eh yo2 ooo je ko ni
Takat lari ke indon je lg nak sembang lebih
ADVERTISEMENT