Sekitar tahun 1974 penduduk Sacramento, Contra Costa, Stockton dan Modesto di California dikejutkan dengan beberapa siri jenayah rogol, bunuh dan rompak. Sehingga tahun 1986, sebanyak 13 kes pembunuhan, 50 kes rogol dan lebih 100 pecah rumah direkodkan. Berdasarkan bukti yang ditemui dan modus operandi yang sama, polis merumuskan kesemua kes jenayah tersebut dilakukan oleh orang yang sama. Polis dan media menggelar penjenayah ini Golden State Killer. Siasatan demi siasatan dilakukan tetapi penjenayah misteri ini tidak pernah ditemukan walaupun banyak lakaran wajahnya disebarkan. Kes pembunuhan Golden State Killer juga tiba-tiba berhenti sejak 1986. Hampir 45 tahun sejak kes jenayah Golden State Killer mula dilaporkan, akhirnya pada April 2018 polis berjaya menangkap Joseph James DeAngelo, 72 tahun seorang bekas tentera laut dan pegawai polis. Perbandingan bukti DNA di tempat kejadian mengesahkan bahawa Joseph James DeAngelo adalah penjenayah misteri Golden State Killer yang dicari-cari selama ini. Bagaimana polis boleh memecah kebuntuan ini? Mengapa polis memakan masa yang sangat panjang untuk menangkap penjenayah misteri ini? Bagaimana polis akhirnya berjaya memerangkap Golden State Killer? Semuanya bermula dengan teknologi DNA. Selama ini polis mengesyaki Golden State Killer ialah seorang yang terlatih dari segi keselamatan berdasarkan kecekapannya mengelak perangkap. Selain itu, kes jenayah juga tiba-tiba terhenti pada tahun 1986 apabila teknologi DNA mula diperkenalkan. Rupanya Golden State Killer adalah salah satu daripada anggota mereka sendiri dan dia menghentikan jenayahnya selepas takut teknologi baru itu akan memerangkapnya. Bagaimanapun, polis menghadapi kebuntuan kerana walaupun DNA darah dan sperma ditemui di tempat kejadian jenayah, mereka tidak ada sebarang suspek untuk dibuat perbandingan. Database DNA penjenayah sedia ada milik polis juga tidak ada yang sepadan. Pada tahun 2016, pihak polis mendapat idea untuk meminjam database daripada beberapa syarikat ujian DNA internet yang menawarkan perkhidmatan mencari geneologi atau susur galur keluarga untuk membuat perbandingan.
Polis mendapati DNA seorang wanita muda daripada salah satu website geneologi itu mempunyai persamaan yang ketara dengan DNA milik Golden State Killer, menunjukkan hubungan persaudaraan. Siasatan lanjut polis mendapati wanita muda itu mempunyai seorang datuk berumur 72 tahun yang pernah tinggal di Sacramento, Contra Costa, Stockton dan Modesto ketika kes jenayah Golden State Killer berleluasa di sana. Lelaki itulah Joseph James DeAngelo, penjenayah yang dicari-cari selama lebih 4 dekad. Untuk mengesahkan identiti Joseph James DeAngelo, polis telah melakukan intipan 24 jam di luar rumah beliau dan apabila Joseph membuang sampahnya, polis mendapatkan sampel DNA melalui sudu dan berus gigi untuk ujian perbandingan yang menghasilkan keputusan positif. Akhirnya pada 24 April 2018, polis mengumumkan pendakwaan terhadap Golden State Killer. Sejarah perogol dan pembunuh misteri paling kejam di Amerika Syarikat berkubur hasil teknologi DNA terkini dan memberi kelegaan kepada semua anggota keluarga mangsa. - CARI |
38
Bagus |
24
Marah |
21
Terkejut |
47
Sedih |
34
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chicozinn replied at 30-8-2018 12:57 PM
so dengan umo atuk ni agak2 ape hukuman seswai bagi atuk ni?
ADVERTISEMENT