Lambakan para graduan yang baru menamatkan pengajian mereka kadang kala terpaksa bekerja walaupun gaji yang ditawarkan hanya gaji minima iaitu RM1200 sebulan. Bagi menyedapkan hati, ia sekadar dijadikan pengalaman bekerja sebelum mereka benar-benar diterima atau layak mendapat pekerjaan mengikut bidang pengajian dan gaji yang setaraf dengan tahap pendidikan mereka. Sedihnya, gaji minima yang diperoleh dengan keadaan ekonomi sekarang yang menjerut leher sudah tentu tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi ada yang menanggung beban kerja yang banyak dan tekanan yang dirasai sama seperti mereka yang bekerja dengan gaji yang lebih besar. Ia seakan tidak adil dan menyebabkan ramai yang lari mencari pekerjaan lain. Seorang pengguna twitter memuat naik status mengecam gaji yang ditawarkan oleh Pos Malaysia Berhad bagi jawatan posmen atau pemandu van. Dia beranggapan gaji tersebut begitu rendah berbanding dengan beban kerja dan tekanan yang dihadapi oleh pekerja Pos Malaysia. Oleh sebab itulah ramai yang tidak bertahan lama bekerja sebagai posmen atau pemandu van di Pos Malaysia Berhad.
Gaji RM1300 sebulan memang tak cukup! Ramai netizen bersetuju dengan status lelaki ini kerana dengan gaji RM1300 sebulan adalah kecil berbanding kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang ini. Bukan sahaja Pos Malaysia Berhad, tetapi syarikat-syarikat lain juga ada menawarkan gaji yang minima dan tidak berbaloi dengan beban kerja dan titik peluh mereka. Netizen turut beranggapan barang-barang pelanggan Pos Malaysia Berhad yang selalu hilang mungkin berpunca daripada pekerja yang memprotes atau tertekan dengan barang yang semakin banyak tetapi gaji tetap sama. Tidak dinafikan, komen netizen ini ada betulnya. Kebanyakan syarikat yang ingin mengambil pekerja baru sengaja menawarkan gaji yang sangat rendah atas alasan tiada pengalaman terutamanya mereka yang baru menamatkan pengajian. Mahu atau tidak, mereka terpaksa menerima agar tidak menganggur. Jujur penulis katakan, tangga gaji bagi pekerja-pekerja di negara ini perlu dikaji semula agar ia berbaloi dengan tahap pendidikan, kemahiran yang ada, beban kerja dan tahap tekanan yang perlu dihadapi oleh para pekerja. Sekiranya gaji yang ditawarkan itu berbaloi dengan kerja keras para pekerja, mutu kerja mereka akan lebih meningkat. Setuju tak? - CARI |
11
Bagus |
19
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
19
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT