CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mimpi Ngeri Hilang Passport Di Negara Orang, Ini Yang Anda Perlu Buat

16-8-2018 03:17 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8416| Komen: 8|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Salah satu mimpi ngeri ketika berjalan ke luar negara ialah kehilangan passport. Penulis pernah mengalaminya ketika backpacking secara solo ke Luang Prabang, Laos. Ketika menginap di sebuah hostel, se ...

Kredit Foto: Daily Express

Salah satu mimpi ngeri ketika berjalan ke luar negara ialah kehilangan passport. Penulis pernah mengalaminya ketika backpacking secara solo ke Luang Prabang, Laos. 

Ketika menginap di sebuah hostel, seorang pengembara daripada England telah mengalihkan dokumen penulis dari dalam locker kerana kebetulan loker yang disediakan oleh pihak hostel boleh dibuka oleh kunci yang berbeza. Terus hilang mood untuk meneruskan perjalanan. Tanpa passport, anda tidak mungkin dibenarkan untuk kembali ke Malaysia.


Kredit Foto: jozuforwomen.com

Ini perkara yang perlu anda buat SEBELUM dan SELEPAS hilang passport. Persediaan SEBELUM hilang passport? Apa maksudnya? Sebenarnya persediaan SEBELUM perjalanan tidak kurang pentingnya. Kerana jika anda telah membuat persediaan awal, kehilangan passport bukanlah masalah besar yang tidak boleh diselesaikan. Di sini penulis ingin berkongsi  5 perkara yang anda perlu buat  SEBELUM hilang Passport;


1. Pastikan anda ada kit salinan dokumen peribadi. Antaranya; gambar berukuran passport (1), salinan passport (1), salinan kad pengenalan (1), salinan surat beranak (1), salinan lesen memandu (1) dan salinan tiket penerbangan (1) serta sedikit wang kecemasan. Simpan dalam ruangan beg yang tidak mudah tercicir.

Kredit Foto: Caribee

2. Simpan satu salinan softcopy untuk semua dokumen di atas  dalam email. Pastikan folder ditandakan supaya senang anda mencarinya nanti. Mana tahu beg anda juga hilang jadi anda boleh login dan cetak salinan tambahan.


3. Pastikan anda tahu alamat Kedutaan terdekat. Print map kerana anda mungkin kehilangan telefon pintar juga, jadi mudah mencari tanpa GPS atau memberitahu arah kepada pemandu teksi.


4. Satu tabiat yang boleh diamalkan ialah mengambil foto stamp / cop imigresen ketika ketibaan dan simpan dalam email. Ini kerana apabila anda membuat passport baru di kedutaan, anda perlu menerangkan kepada pegawai imigresen kenapa passport anda kosong ketika anda berangkat pulang nanti.


Kredit Foto: Colourbox


5. Pastikan juga kad ATM/debit/kredit anda diaktifkan untuk pengeluaran / penggunaan duit ketika kecemasan. Proses membuat passport baru mungkin lebih daripada sehari sekiranya kedutaan bercuti hujung minggu, dan anda mungkin perlu membeli tiket baru atau mengeluarkan perbelanjaan tambahan. Jika kad anda aktif, mudah bagi ahli keluarga untuk mengirimkan duit kepada anda.


Sekarang, apa pula yang perlu anda buat SELEPAS hilang passport? Jangan panik, dan yang penting jangan bergaduh dengan backpacker lain yang hilangkan dokumen anda. Nanti tak pasal-pasal bertambah masalah kerana kes memukul orang.  Ini 4 perkara yang perlu anda buat;


1. Lapor kepada penginapan anda. Mungkin anda sekadar tercicir dan ada yang terjumpa (housekeeper) dan menyerahkanya ke kaunter pendaftaran (lost and found).


2.  Minta bantuan untuk ke balai polis terdekat bagi membuat laporan polis. Buat secepat mungkin untuk mengelakkan passport anda digunakan oleh orang lain. Untuk makluman, passport Malaysia laris di pasaran gelap memandangkan wajah warga Malaysia yang berbilang kaum boleh dipakai oleh penyeludup atau penjenayah negara lain untuk menyamar dengan mudah.


Kredit Foto: Backpackways.com

3. Bawa salinan laporan polis ke kedutaan Malaysia terdekat. Di sinilah pentingnya kit keselamatan yang anda sediakan SEBELUM berlepas. Dengan kit keselamatan, anda akan dapat membuktikan pertanyaan Kedutaan mengenai: status kewarganegaraan anda, tujuan, tarikh dijangka pulang dan sebagainya.


Kredit Foto: ww.utm.my


4.  Isikan borang permohonan yang terdapat di kaunter Kedutaan untuk memohon Sijil Passport Sementara. Ada bayaran minimum. Passport akan siap dalam masa kurang sehari. Sijil Passport Sementara (perakuan cemas) hanya layak digunakan sekali perjalanan untuk kembali ke Malaysia (sehala).


Kredit Foto: kaki.sini.com.my


 Jadi beringatlah sebelum kena kerana malang tidak berbau. Semoga pengalaman ngeri penulis tidak terjadi kepada anda! - CARI 

12

Bagus
20

Marah
33

Terkejut
25

Sedih
29

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanearisu 16-8-2018 03:21 PM
Tips terbaik!
Quote moonbug 16-8-2018 03:33 PM
Bagus tips ni. Tak pernah snap gambar cop masa arrival tu. Cuma kalau Australia mmg fully electronic, takde arrival or departure stamps pun.
Quote buragazz 16-8-2018 03:37 PM
Good info TT terima kasih
Quote Artemesiaa 17-8-2018 11:54 AM
Info berguna buat mereka yang baru berjinak dengan hobi travel.  
Quote rukia2 20-8-2018 12:58 AM
Bagus tips nih
Kwn ai pernah hilangkan kad putih masa jenjalan g bangkok baru nih..da kt airport nk balik baru sedar bnde tu xde..nk kencing terberak suma rasa lah.. X dpt byg klo passport yg hilang
Quote Xixie 13-9-2018 01:34 PM
rukia2 replied at 20-8-2018 12:58 AM
Bagus tips nih
Kwn ai pernah hilangkan kad putih masa jenjalan g bangkok baru nih..da kt ai ...

hehhhehhhehheeheh                    buat bodoh ke
Quote Markvon 12-7-2021 04:57 PM
viagra super active price ivermectin 4 mg real viagra pills online shopping pharmacy india

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.311426 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top