Pengambilan pil viagra bukan sahaja mampu meningkatkan daya ketahanan seksual, malah dikatakan juga boleh memperbaiki daya penglihatan seseorang yang mengalami masalah degenerasi makula.
Memetik laporan The Sun di United Kingdom, hasil itu diperolehi melalui kajian yang dilakukan Universiti Colombia di New York ke atas lima warga emas yang mengalami masalah degenerasi makula. Kelima-lima warga emas itu diwajibkan mengambil pil Viagra setiap hari selama dua tahun ketika ujian dilakukan. Hasil ujian menunjukkan pengambilan Viagra bukan sahaja berjaya memulihkan kesan masalah degenerasi makula buat keempat-empat pesakit itu, malah turut memperbaiki daya penglihatan salah seorang pesakit terbabit.
Bagaimanapun kumpulan tersebut menegaskan ujian kali ini hanyalah berskala kecil, pada masa akan datang satu ujian yang berskala lebih besar diperlukan bagi membuktikan keberkesanan Viagra dalam usaha merawat daya penglihatan seseorang. Di Britain, terdapat 600 ribu warga emas mengalami kelemahan daya penglihatan akibat masalah degenerasi makula, ianya merupakan sebab utama orang Britain menjadi buta.- CARI
|
32
Bagus |
22
Marah |
41
Terkejut |
25
Sedih |
24
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT