Seorang doktor wanita tidak sengaja memutuskan kepala bayi, menyebabkan bahagian badannya tertinggal di dalam rahim ibunya. Kejadian yang berlaku di sebuah klinik swasta di bandar Quetta, Pakistan itu menyaksikan pihak klinik mengarahkan bapa bayi berkenaan, Abdul Nasir supaya pergi ke hospital awam yang boleh melakukan pembedahan untuk mengeluarkan badan bayi yang masih tertinggal dalam perut ibunya.
Pakistan Today melaporkan, pihak klinik juga enggan memberikan laporan perubatan kepadanya. Abdul Nasir yang sedih bertindak menghubung Kelab Akhbar Quetta untuk memfailkan aduan terhadap doktor yang dikenali sebagai Alia Naz Taran, juga dipercayai bertugas sebagai timbalan pegawai kesihatan daerah. Bagi menuntut keadilan atas kecuaian doktor tersebut, Nasir turut menghubungi ketua hakim Pakistan, gabenor dan ketua menteri Balochistan. Menurut sumber lagi, doktor tersebut dipercayai merentap sebahagian kepala dan badan bayi semasa proses kelahiran secara normal. Ini bukan kes pertama kerana sebelum ini seorang pakar pediatrik di Dundee, Scotland, Vaishnavy Vilvanathan Laxman telah mencabut badan bayi yang belum lahir semasa ibunya yang berusia 30 tahun mahu melahirkannya, menyebabkan kepala bayi tertinggal di dalam rahim. -CARI
|
26
Bagus |
31
Marah |
27
Terkejut |
29
Sedih |
43
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT