Foto: Jurnal Seorang Maskulin 1. Rajinkan membaca blog dan membuat research mengenai negara matahari terbit dan membuat research. Paling penting, cuba untuk plan itenerari anda sendiri. 2. Booking tiket kapal terbang/hotel empat atau lima bulan lebih awal sebelum melancong sekiranya bajet tidak mencukupi. Lebih awal lebih bagus. Dengan itu, anda boleh bajet menggunakan gaji bulanan anda sekiranya sukar untuk menyimpan duit dan tidak terlalu terbeban dengan kos serta sara hidup anda sepanjang berada di Jepun. 3. Gunakan skyscanner.com untuk mencari tiket kapal terbang murah ke Jepun. Website ini sememangnya menjadi kegemaran kaki travel di serata dunia untuk mencari tiket flight yang paling murah! 4. Gunakan aplikasi atau website AirBnb, Traveloka, Agoda dsb. untuk mencari penginapan yang murah mengikut bajet anda. 5. Pengangkutan utama di Jepun adalah train. Tetapi jadual dan sistem keretapi di Jepun agak rumit dan payah difahami sekiranya anda tidak membuat research. Gunakan aplikasi/website Hyperdia untuk maklumat dan cara perjalanan anda sepanjang berada di Jepun. Paling tidak, gunakan Google Maps. 6. Banyakkan bersenam sebelum bertolak ke Jepun. Kita akan banyak menggunakan kedua belah kaki kita untuk berjalan ke sana sini, mengejar train, serta menuju ke sesuatu lokasi. Stamina diri amat penting yer! 7. Respek budaya dan bangsa Jepun. Orang Jepun memang pantang kalau makan dan minum sambil berjalan (sila berhenti untuk menikmati makanan), merokok di sana sini (pastikan merokok hanya di kawasan merokok yang disediakan), membuang sampah di merata tempat (agak sukar mencari tong sampah di Jepun terutamanya di Tokyo tetapi bandarnya sangat bersih dan lori sampahnya tidak berbau!) dan membuat bising di dalam train (kurangkan bersembang terutamanya di waktu pagi kerana kebanyakan mereka masih mamai untuk ke office). Orang Jepun juga kebanyakannya tidak suka bunyi bising selepas pukul 9 malam ke atas. 8. Tukar duit siap-siap sebelum terbang ke Jepun. Lebih tinggi nilainya dan memudahkan diri anda. 9. Aktifkan kad bank anda untuk international withdrawal. Penting untuk kecemasan. 10. Jangan lupa wifi device. Kalau lupa, memang payah la nak travel ke sana sini di Jepun. Tapi jangan bimbang, anda masih boleh mencari 7 Eleven, Family Mart mahupun shopping mall atau stesen keretapi untuk menggunakan free wifi yang disediakan kerajaan Jepun di sana nanti. Selamat bercuti! - CARI
|
31
Bagus |
20
Marah |
34
Terkejut |
31
Sedih |
26
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ferr_Remy replied at 17-8-2018 01:08 PM
Alamak kantoi la gambo, mandai je letak kikiki. Aduh admin Cari ni kah3. Layanzzzz.
rogayahtop replied at 17-8-2018 02:09 PM
uols ke dlm pic tu? skirt hijau tepi dinding tu ke nok?
kaki_jalan88 replied at 17-8-2018 02:15 PM
tapi yg pening nk study route train. memang pening. kat sana time sjuk2 jalan sampai 17k tapak seha ...
umbut replied at 17-8-2018 12:56 PM
Yg bestnya negara sejuk ni.. jalan jer kemana2.. badan x berpeluh.. kat malaysia, berlengas
Ferr_Remy: Betul betul. Malaysia je berpeluh tiak dibuatnya hahaha
Mek_bulat replied at 18-8-2018 09:37 AM
Akan p osaka bln 10 ni..
Pesanan khidmat masyarakat: Ht2 utk siapa yg nk book penginapan airbnb ka ...
Ferr_Remy replied at 18-8-2018 09:46 AM
Yesss.. I ade highlightkan dlm blog i. I punye booking since May aritu utk bln July, smua kena can ...
Mek_bulat replied at 18-8-2018 09:56 AM
Mine 1st booking dh kena cancel, pastu proceed with 2nd booking, airbnb dh anta email standby utk ...
Ferr_Remy replied at 18-8-2018 09:58 AM
Biasenye last2 nnt x dpt. Seb baik u prepare siap2, klu x naya. Tp actually u can check those yg a ...
ADVERTISEMENT