Bahasa jiwa bangsa. Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negaranya, adalah menjadi kewajipan kita untuk memahami serta tahu bercakap bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan. Namun begitu, masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak tahu berbahasa Melayu sebaliknya lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa ibunda ketika bercakap. Ia membuktikan golongan ini tidak mengendahkan kepentingan bahasa kebangsaan. Jadi, apabila Timbalan Speaker Dewan Parlimen, Nga Kor Ming dipuji kerana fasih berbahasa Melayu menjadi perdebatan kepada netizen. Ini kerana netizen berpendapat ianya adalah satu kewajipan setiap warganegara, tiada apa yang pelik. Malahan, ada yang memberikan kredit ke atas Kor Ming yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang dalam Bahasa Melayu serta Sastera. Ya, adalah menjadi harapan agar setiap warganegara Malaysia menguasai bahasa kebangsaan dengan baik kerana itulah nadi Malaysia. Namun untuk menyalahkan kaum-kaum lain yang tidak fasih berbahasa Melayu langsung juga agak terlalu prejudis. Ini kerana kita perlu menyelami lebih mendalam masalah akar iaitu kewujudan pelbagai aliran sekolah yang memungkinkan setiap warganegara hanya menguasai bahasa ibunda dan bahasa Inggeris semata-mata. Justeru itu, bagi memperkasakan bahasa Melayu, ia perlu dimulakan dari sekolah serta jadikan ia sebagai penanda aras kejayaan dalam peperiksaan dan kehidupan. - CARI |
32
Bagus |
10
Marah |
15
Terkejut |
20
Sedih |
23
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT