Memetik laporan The Malaysia Insight, perintah pengharaman buku kartun hasil karya Zunar berjudul ‘Sapuman: Man of Steal’ telah ditarik balik atas arahan Perdana Menteri yang juga merupakan pemangku Menteri Dalam Negeri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sebelum ini, buku kartun kontroversi itu diharamkan oleh kerajaan Barisan Nasioanal berikutan isi kandungannya didakwa menyentuh tentang skandal penyelewengan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Ekoran daripada penarikan balik perintah pengharaman yang dibuat semalam, Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan supaya ganti rugi yang berhak diterima oleh Zunar kerana kerugian dialami disebabkan tidak dapat menjual buku sepanjang tempoh tersebut untuk ditaksirkan.
Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque memfailkan permohonan tersebut pada Januari lalu bagi mencabar pengharaman buku kartun tersebut yang berkuat kuasa pada 3 Oktober tahun lalu. Buku tersebut telah dijual di pasaran selama dua tahun sebelum perintah pengharaman itu dikuatkuasakan dan berasa terkejut kerana responden tidak menunjukkan sebarang bukti penerbitan bukunya dapat menggugat ketenteraman awam.- CARI
|
9
Bagus |
14
Marah |
17
Terkejut |
19
Sedih |
25
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT