Nama asal resipi ini ialah Cheesesteak Chimichangas namun untuk lebih mesra dengan lidah orang Malaysia, eloklah kita panggil resipi ini sebagai roti goreng stik berkeju saja ya. Lebih mudah nak sebut kan?
Bahan-bahan • Sebiji bawang, dipotong dadu • 400g daging kisar • 1 biji lada benggala hijau, didadu • 1 cawan cendawan
• 2 ulas bawang putih, dicincang • 2 sudu besar minyak zaitun • 1/2 sudu kecil serbuk cayenne • 2 sudu besar sos tomato • 2 sudu besar sos worcestershire • garam dan lada hitam • 250ml stok daging • 8 keping tortilla • 1 cawan parutan keju cheddar • 1 cawan parutan keju mozzarella Cara-cara: 1. Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun di atas api sederhana kemudian tambahkan bawang, lada hitam dan bawang putih. Perisakan dengan ½ sudu kecil garam. Kacau dengan kerap selama 10 minit. Tinggikan api dan tambahkan daging kisar. Kacau sehingga berwarna keperangan dan tambahkan sos tomato, sos Worcestershire, lada hitam, cayenne dan stok daging. Tutup dan masak selama 30 minit di atas api rendah. Ketepikan untukkan sejukkan ia sedikit. 2. Letakkan kepingan tortilla di atas papan pemotong. Di tengah-tengahnya leakkan 2 sudu besar parutan mozzarella. Kemudian tambah 3 sudu besar campuran daging dengan 2 sudu besar parutan keju cheddar di atasnya. 3. Ambil sedikit tepung dan campurkan dengan air. Sapukan ia di atas kepingan tortilla. Gulung tortilla dengan kemas dan ketepikan. 4. Goreng kesemua gulungan tortilla yang sudah siap hingga berwarna keperangan. 5. Siap untuk dihidangkan dan dinikmati! Nak buat makan sendiri di rumah boleh, nak jual pun boleh. Selamat mencuba! -CARI
|
32
Bagus |
25
Marah |
29
Terkejut |
29
Sedih |
34
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT