Polis mengesahkan kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun lalu sebagai kes bunuh. Memetik laporan Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner, Fadzil Ahmat memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada Jumaat lepas iaitu 3 Ogos.
"Keputusan itu dibuat berdasarkan laporan pihak bomba serta laporan bedah siasat yang diperoleh." Dalam kejadian tersebut, mangsa dilaporkan maut dalam kebakaran di kediamannya di Petaling Jaya kira-kira 12.20 tengah hari. Menurut Komander Operasi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Ramli Harun, mangsa ketika kejadian berada di bilik berkenaan seorang diri.
Dalam satu kenyataan, Cradle Fund Sdn Bhd mengesahkan laporan bedah siasat menyimpulkan kematian Nazrin berpunca daripada komplikasi kecederaan akibat letupan telefon bimbit yang sedang dicas berdekatannya. Sementara itu, sebuah portal akhbar tabloid Bahasa Inggeris pula mendakwa keputusan makmal mendapati terdapat kesan minyak petrol dijumpai pada empat lokasi di kepala, bingkai katil, tilam dan telefon bimbit mangsa. Nazrin, 45 tahun, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Cradle Fund adalah syarikat di bawah kementerian kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia.- CARI
|
25
Bagus |
47
Marah |
41
Terkejut |
27
Sedih |
23
Lawak |
40
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Lorra2411 replied at 7-8-2018 10:03 AM
haritu ramai kan speku arwah kena bunuh. ada pulak yang tak percaya, siap kata tak baik fitenah. lol
prettyuglybabe replied at 7-8-2018 02:38 AM
macam mana orang boleh masuk simbah petrol dalam bilik?
klu panjat rumah siang-siang tu takde orang ...
ulamalu replied at 7-8-2018 11:03 AM
Cradle Fund Sdn Bhd dalam kenyataan ketika itu mengesahkan laporan bedah siasat menyimpulkan kematia ...
ADVERTISEMENT