Alahai, sudah lama membawa haluan masing-masing pun masih nak 'berperang' lagi? Menerusi Insta Story Zahirah MacWilson dan Zul Ariffin, kelihatan kedua-duanya seolah-olah saling berbalasan sindiran. Ianya bermula apabila Zahirah memuat naik Insta Story seolah-olah menyindir bekas kekasihnya walaupun tidak menyebut nama mana-mana individu.
Dalam kenyataannya itu, Zahirah menyifatkan individu terbabit seorang yang suka memutar belit cerita dan mengungkit selain sering bermain cinta. Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Zul terpalit kontroversi membabitkan dirinya dengan seorang wanita Ukraine. Zul, bagaimanapun menjelaskan mereka berkenalan ketika berada di sana untuk menjalani sesi latihan seni mempertahankan diri. Tidak lama selepas kenyataan dibuat Zahirah, Zul juga memuat naik kemas kini di Insta Story seolah-olah membidas sindiran bekas kekasihnya itu. Menerusi muat naiknya itu, Zul berkata, dia tiada masa untuk melayan sindrom budak baru yang menagih perhatian selain menegaskan dia sudah lama move on. Pun begitu, tinjauan di laman Instagramnya menunjukkan Zul sudah memadam Insta Storynya. Aduhai, betulkah kenyataan kedua-dua selebriti itu ditujukan sesama mereka? Jika benar, diharap Zul dan Zahirah dapat menyelesaikan konflik di antara mereka segera. Berkecimpung dalam industri sama, pi mai pi mai tang tu juga, kan? - CARI
|
24
Bagus |
35
Marah |
29
Terkejut |
19
Sedih |
22
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
budakpink replied at 3-8-2018 03:22 PM
Ala zahira mmg perli zul pun.. Jgn la nk nafikn wei.. Tapi zahira bole dak matang sikit jgn perli tu ...
nobrightside replied at 3-8-2018 03:44 PM
Betul2. ZM killed 2 birds with 1 stone gitew. ZA panas hahaha. Masih stalk IG exgf ke hehe
ADVERTISEMENT