"Pasal apa kita nak beli akhbar yang selalu hentam kita?" Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika mengulas memo Kementerian Pendidikan yang mengarahkan semua sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak melarang orang ramai daripada membaca akhbar milik Umno itu, lapor MalaysiaKini. "Langganan dihenti, tapi kita tak larang orang nak baca. Bacalah. "Tetapi, jika hendak baca, bebas untuk beli di luar sekolah (dan institusi lain bawah kementerian itu). Kita tak ada nak koyak atau bakar (Utusan Malaysia)," ujarnya.
Difahamkan, memo bertarikh 18 Julai itu daripada Wan Saiful Wan Jan selaku pegawai khas menteri pendidikan, kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Mohd Ghazali Abas. Bagaimanapun, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir selaku Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) berkata, pihaknya akan berbincang dengan kementerian berhubung perkara itu. Sementara itu, Dr Mahathir meminta untuk diberikan masa ketika mengulas dakwaan kakitangan lantikan politik dalam kerajaan yang dilantik sejak HARAPAN mengambil alih belum mendapat gaji. “Kena sabar, kita ubah kerajaan lepas 60 tahun bukan sesuatu yang kita buat setiap hari. Proses sedang berjalan dan ia ambil masa,” katanya. - CARI
|
45
Bagus |
56
Marah |
37
Terkejut |
28
Sedih |
38
Lawak |
63
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 3-8-2018 01:36 PM
padan la boleh hidup..
sebab kena langgan rupanya..
kalau harapkan belian, sapa je la yang beli pa ...
aHoi83 replied at 3-8-2018 02:39 PM
Kalau under kementerian pendidikan maknanya langganan2 utk library sekolah dan library ipta/s. So ap ...
ADVERTISEMENT