Bagi ibu bapa yang pernah merasai kehilangan anak kecil buat selama-lamanya, kenangan dan memori bersamanya sentiasa mekar lebih-lebih apabila melihat kanak-kanak lain yang umurnya lebih kurang sebaya. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja akan faham bagaimana seksanya menanggung kerinduan dan kesedihan mengenangkan anak syurga yang telah pergi meninggalkan mereka. Seorang pengguna twitter telah memuat naik status yang menyentuh hati apabila dia tiba-tiba terlihat satu komen di instagram yang ditulis oleh bapa kepada arwah adik Adam Rayqal yang meninggal dunia baru-baru ini akibat perbuatan pengasuhnya. Komen itu ditulis pada gambar Yusuf Iskandar, anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Ramai netizen yang sebak membaca komen tersebut dan dapat merasakan kesedihan yang di alami oleh ibu bapa arwah Adik Adam Rayqal yang pastinya merindukan anak mereka. Geram dengan pengasuh kejam tersebut Netizen berharap balasan dan hukuman setimpal diberikan ke atas pengasuh Adam Rayqal yang dianggap begitu kejam. Sehingga sekarang, kes tersebut masih segar dalam ingatan para netizen dan sentiasa menjadi bualan bagi mengetahui perkembangan terbaru perbicaraan kes. Hairul Azreen membalas komen tersebut Komen daripada bapa Adam Rayqal dibalas oleh Hairul yang memuji kuatnya hati seorang bapa yang kehilangan anaknya serta membenarkan Yusuf dianggap seperti Adam. Setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza dan setiap ujian hidup pasti mempunyai hikmah. Semoga kita semua sabar dan kuat menghadapi pelbagai dugaan. - CARI |
6
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
29
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
talapia replied at 2-8-2018 04:31 AM
ok this time credit goes to Hairul Azreen for the empathetic reply. Semoga tabah ayah arwah Adam Ray ...
ADVERTISEMENT