Hubungan tegang ini berlanjutan sehingga Donda meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan prosedur kecantikan liposuction, tummy tuck dan mengecilkan buah dada pada tahun 2007. Sewaktu perkahwinannya dengan bintang realiti Kim Kardashian, kelibat Ray West juga dipinggirkan. Malahan sejak kelahiran anak-anaknya, Kanye jarang menjemput dan meluangkan masa dengan bapanya. Bagaimanapun hubungan mereka berdua mula bertaut semula sejak bapanyanya didiagnos mengidap penyakit kanser prostat minggu lalu. Penyanyi rap yang berumur 41 tahun itu sangat terkejut mendengar berita menyedihkan itu lantas menghubungi lelaki itu walaupun sudah tidak bertanya khabar selama beberapa tahun. Kanye bertekad untuk memperbaiki hubungan antara mereka. Memetik sumber TMZ.com, Kanye telah membawa ketiga-tiga orang anaknya; North, 4 tahun, Saint, 2 tahun dan Chicago 7 bulan beserta isterinya Kim untuk mengziarahi bapanya yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Los Angeles. Ray West dilihat menghabiskan masa bermesra dengan ketiga-tiga cucunya itu. Walaupun beliau bertekad untuk mula menjaga kebajikan bapanya, Kanye sendiri sedang berhadapan dengan pelbagai isu kesihatan termasuk pernah mengaku hampir ingin menghabiskan nyawanya kerana tekanan mental. Semoga hubungan yang kembali bertaut ini akan mendatangkan kebaikan buat Kanye dan bapanya. - CARI |
20
Bagus |
25
Marah |
10
Terkejut |
13
Sedih |
18
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dani-rox replied at 4-8-2018 12:33 AM
comelnya Saint.
ok lah berbaik2 dgn apak sundirik. ai rasa kanye ni mentally perlukan someone sel ...
Sang_Pencinta replied at 6-8-2018 10:37 PM
Selamba je kim panggil Tyson 'sis' kan?? Lol
ADVERTISEMENT