Orang ramai digemparkan dengan penemuan mayat lelaki terbaring di landasan, kira-kira 100 meter dari Stesen LRT Pusat Bandar Puchong, pagi tadi.
Harian Metro melaporkan, Rapid KL selaku pengendali perkhidmatan LRT mengumumkan perkara itu menerusi Twitter rasminya. Ekoran itu, operasi Transit Aliran Ringan (LRT) dari Stesen LRT IOI Puchong Jaya ke Stesen LRT Pusat Bandar Puchong mengalami kelewatan, hari ini. “Siasatan masih dijalankan dan Rapid KL akan mengeluarkan kenyataan media selepas mendapat maklumat penuh. “Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berbangkit,” katanya.
Lelaki terbabit, sebelum ini dilaporkan dilihat keluar dari tren dan turun ke landasan sebelum dilanggar tren. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pemeriksaan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa. “Tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian. “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya. - CARI
|
17
Bagus |
24
Marah |
23
Terkejut |
29
Sedih |
22
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ultra78 replied at 1-8-2018 12:08 PM
Bukan ke kawasan dlm gambar tu off limit kepada penumpang ke?
dinopower2 replied at 1-8-2018 12:28 PM
mmg ade pagar situ.... ke tak btul
insulin replied at 1-8-2018 12:29 PM
Palang je. Budak2 pun boleh panjat.
ADVERTISEMENT