Anda peminat kucing? Yang bulu kembang atau kucing kampung ja? Ramai yang menggelarkan diri mereka sebagai pencinta kucing, namun dalam masa sama memilih bulu. Hanya mahukan yang bulu kembang dan bersih sahaja. Manakala kucing yang berkeliaran hanya dipandang sebelah mata. Lebih teruk disepak dan dianiayai pula. Golongan ini sanggup membeli kucing baka mahal kononnya cintakan kucing. Biar pun telah diterangkan oleh Dr.Fathul Bahri bahawa Islam melarang jual beli kucing, namun ketika itu golongan ini membantah sekeras-kerasnya. Ya, itu dulu. Kini ada individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menggerakkan kempen "Adopt, Don't Buy" Menurut Hafiz, kucing jalanan boleh dijumpai di mana-mana. Namun ramai yang lebih berminat untuk membeli kucing mahal kerana mereka mampu, atau sebenarnya kerana menunjuk-nunjuk? "Memang tak salah pun beli kucing, tapi ..." Hafiz menggalakkan sesiapa yang berkemampuan untuk mengambil kucing di pusat jagaan kucing terbiar. Dan ini adalah jawapan pada soalan kenapa sanggup membeli kucing mahal. Namun, ia dibangkang oleh segelintir oleh pihak yang merasakan ia sekadar alasan yang direka. Walau apapun alasan yang diberikan, tidak kira sama ada kucing import mahu pun kucing kampung, semuanya perlu dijaga kebajikan mereka. Bukan sekadar menyayangi mereka ketika cantik dan bersih sahaja. Apabila tua dan sudah tidak berdaya, dibiarkan merayau hingga hujung hayat mereka. Ambil tanggungjawab untuk menjaga mereka. Jadi, anda pencinta kucing atau acah-acah sahaja? - CARI |
36
Bagus |
39
Marah |
44
Terkejut |
38
Sedih |
42
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Spicymami replied at 1-8-2018 04:31 PM
Ok la.. Ada sapa2 nk bg iols British short hair pure with certificate percuma???
nishikido replied at 1-8-2018 05:37 PM
Dekat rumah ada maine coon,dlh dengan kucing kampung..kucing ada baka tu kawan2 my mom bagi but kuci ...
ADVERTISEMENT