Tiga anak perempuan bertindak membunuh bapa kandung mereka akibat tidak tahan didera secara seksual sejak beberapa tahun yang lalu. Memetik laporan Daily Mail, pembunuhan tersebut berlaku di sebuah apartmen di Moscow, Rusia.
Hasil siasatan polis mendapati mangsa yang dibunuh dengan tikaman bertubi-tubi sebenarnya merupakan seorang ketua kongsi gelap. Setelah ditahan polis, ketiga-tiga suspek mengakui bunuh bapa mereka. Menurut suspek, ketika kejadian, suspek mengugut mereka dengan pisau, namun mereka berjaya membunuh bapa durjana itu setelah salah seorang daripada mereka berjaya merampas pisau tersebut.
Difahamkan akhirnya bapa mereka didapati mati di dalam lif apartmen berkenaan. Suspek juga memaklumkan, bapanya seorang penagih dadah, selama ini mereka sering didera secara seksual dan diketahui saudara mara mereka. Media tempatan melaporkan salah seorang anak perempuan tersebut pernah dirogol oleh bapa durjana itu sekaligus bertindak membunuh diri, namun mujur berjaya diselamatkan. Kini, ketiga-tiga suspek berdepan tuduhan membunuh. Dilaporkan hukuman penjara selama 15 tahun akan dijatuhkan oleh mahkamah sekiranya didapati bersalah.- CARI
|
12
Bagus |
17
Marah |
41
Terkejut |
9
Sedih |
37
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT