CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kak, Saya Nak Minta Air Masak Sikit?" Hidup Susah Sampai Air Masak Pun Minta..

31-7-2018 12:11 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 3716| Komen: 14|Original author: Oleh: Whitney

Description: Tiada siapa dalam dunia ini yang minta dilahirkan dalam keluarga yang susah. Setiap orang mengimpikan kehidupan yang selesa dan cukup dari segi pakaian dan makanan. Kadang kala, kesusahan yang dialami ...

Kredit foto: Asma Binti Harun
Tiada siapa dalam dunia ini yang minta dilahirkan dalam keluarga yang susah. Setiap orang mengimpikan kehidupan yang selesa dan cukup dari segi pakaian dan makanan. Kadang kala, kesusahan yang dialami bukan kerana malas berusaha tetapi kudrat yang semakin lemah dan keperluan hidup melebihi pendapatan yang tidak seberapa. Tetapi, setiap orang wajib berusaha demi meneruskan kehidupan.
 
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Seorang pengguna Facebook bernama Asma Binti Harun telah memuat naik kisah sebuah keluarga yang hidup susah sehinggakan terpaksa meminta air masak untuk diminum daripada jirannya. Wanita itu juga memuat naik beberapa keping gambar dan perbualan dengan jirannya melalui aplikasi whatsapp ketika meminta agar keluarga tersebut dibantu. 





Keadaan rumah yang sedikit berbau kerana tidak mempunyai bekalan air. 

Bayaran sewa rumah yang tertunggak dan bekalan air telah dikunci

Perbualan wanita ini dengan jiran keluarga tersebut agar mereka dibantu


Jujurnya, ramai netizen yang sedih dengan situasi yang menimpa keluarga tersebut. Disaat mereka cukup makan dan pakai, ada keluarga yang terpaksa menahan lapar serta membuang rasa malu hanya untuk meminta air masak daripada jiran bagi menghilangkan dahaga. Netizen masing-masing mendoakan agar keluarga ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup mereka. 


Rata-rata netizen meninggalkan komen agar wanita ini memberikan maklumat tentang keluarga malang itu bagi memudahkan mereka menyalurkan sumbangan. Sikap netizen yang suka membantu dan memahami kesusahan orang lain wajar dipuji. 


Syukur, hasil daripada bantuan netizen yang memberikan sumbangan, akhirnya keluarga tersebut berjaya menjelaskan tunggakan sewa rumah yang mereka diami serta kunci air sudah dibuka. 


Bersyukurlah jika kalian diberikan kehidupan yang selesa dan cukup dari segi keperluan hidup kerana ada insan lain hidup dalam serba kekurangan. Jika ada rezeki lebih, janganlah kedekut untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. - CARI 

12

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
24

Sedih
21

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 31-7-2018 12:49 PM
Tabung Harapan RM162 juta++++........???????
Quote prettyuglybabe 31-7-2018 02:02 PM
mak bapak budak ni sakit apa sampai dua-dua tak boleh kerja?
Quote gummygummy 31-7-2018 02:19 PM
prettyuglybabe replied at 31-7-2018 02:02 PM
mak bapak budak ni sakit apa sampai dua-dua tak boleh kerja?

betul. jadi la guard ke bukan susah pon
Quote fushimi 31-7-2018 02:33 PM
suaminya sakit kah

kalau segar bugar selayakya dicerca je
Quote afie_m 31-7-2018 03:20 PM
terpikir..suami ni tak bekerja ke ...ke sebab motor rosak x leh gi kerja...
Quote nuryakmal 31-7-2018 03:31 PM
pelik.... bangla indon myanmar takde spm boleh hidup keja kat malaysia. hantar beratus balik kg, datang malaysia naik tonkang , balik kg naik malindo

Quote awanearisu 31-7-2018 04:08 PM
Kalau dah betulkan motor, buat sementara waktu bolehlah mendaftar sebagai penghantar barangan dengan aplikasi GoGet.
Quote LuLu^Lost 31-7-2018 04:54 PM
awanearisu replied at 31-7-2018 04:08 PM
Kalau dah betulkan motor, buat sementara waktu bolehlah mendaftar sebagai penghantar barangan dengan ...

baru tengok website goget. sama mcm grab la kan? tadi mencari juga, tak pula cerita services tu cover kawasan mana. 1 malaysia atau Selangor /Klang Valley sahaja? so mcm mn nak jadi dispatch barang ni?

Alhamdullilah ada yang bantu. mmg lepas bagi family ni clear sewa rumah, air & api. Repair moto, pastu bagi joran (kerja) moga suami masih sihat dan bertenaga utk kerja. isteri boleh masak2 kot boleh menjual sekitar rumah.
Quote awanearisu 31-7-2018 05:04 PM
Edited by awanearisu at 31-7-2018 05:05 PM
LuLu^Lost replied at 31-7-2018 04:54 PM
baru tengok website goget. sama mcm grab la kan? tadi mencari juga, tak pula cerita services tu co ...


Rasanya hanya untuk kawasan KL. Salah satu syarat lepas daftar, kena hadiri taklimat satu jam di pejabat GoGet. Cantik pejabatnya. Ada keluar di kaca TV sedikit masa dahulu.

Kita pernah cuba guna app tersebut. Kebanyakan kerja disenaraikan untuk kawasan KL.
Quote orgsepang 1-8-2018 07:18 AM
Akak pun malas tolong keluarga susah kalau suami isteri sihat. Anak yatim guna smartphone siap ada internet pun akak malas tolong. Entahlah, mungkin sebab akak pernah susah dan berasa dimana ada kemahuan disitu ada jalan
Quote palmolive 1-8-2018 12:22 PM
ari tu ada gak masuk berita pasal family yg mohon bantuan pasal si suami sakit tak dapat kerja..
so mohon bantuan utk duit sara hidup harian..
tp background dia ada flat screen tv ngan speaker besor
Quote Burong_Hantuk 1-8-2018 12:35 PM
kasehan,wan ajijah sila jalankan tugas anda!!
Quote nuerulcayang 1-8-2018 04:18 PM
bkn dh tulis kt atas tu si suami buat pelbagai kerja... moga Allah mudahkan urusan mereka.
Quote leylapple 1-8-2018 04:36 PM
nuryakmal replied at 31-7-2018 03:31 PM
pelik.... bangla indon myanmar takde spm boleh hidup keja kat malaysia. hantar beratus balik kg, dat ...

agree with u...

skrg nie duduk rumah pun blh jana pendapatan tanpa kluar dari rumah...


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.125906 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top