CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dihempap Tembok, Beberapa Jam Selepas Tawan Gunung Rinjani

30-7-2018 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3516| Komen: 9

Seorang rakyat Malaysia berjaya menawan Gunung Rinjani, beberapa jam sebelum meninggal dunia dalam bencana gempa bumi di Lombok.

Mangsa, Siti Nur Iesmawida Ismail, 30 dari Melaka sempat merakamkan foto kenangan di puncak gunung berapi kedua tetrtinggi di Indonesia itu dengan kapsyen "I did it".


Foto: Facebook
Siti meninggal dunia akibat dihempap tembok runtuhan homestay yang didiaminya bersama kumpulan pendaki lain.

mStar Online melaporkan, Gempa berukuran 6.4 magnitud itu turut mencederakan enam lagi rakyat Malaysia.

Khairul Azim, seorang ahli perniagaan berkata dia menemui kumpulan tersebut sewaktu mendaki Gunung Rinjani.

Foto: mStar Online
"Saya rasa kami bernasib baik sebab tinggal dalam khemah. Lokasi kami hanya beberapa kilometer sahaja dari lokasi Siti dan kumpulannya," ujarnya.

"Kami masih lagi boleh merasa gegaran di Sembalun. Banyak jalan masih ditutup,"

30 rakyat Malaysia masih lagi terperangkap di kaki gunung.

Salah seorang daripada mangsa, Nursakinah Hasman memberitahu yang kumpulannya memerlukan bantuan helikopter untuk dibawa keluar.

"Jalan di sini rosak teruk. Kami perlu menempuhi perjalanan tiga jam untuk ke lapangan terbang terdekat.

"Gegaran semakin kerap dirasai dan rangkaian internet 3G semakin perlahan. Tolong selamatkan kami cepat."

Seorang lagi mangsa, Suriyanita Sidek memuat naik video dirinya dan rakyat Malaysia yang lain di sebuah tapak perkhemahan sementara di Kampun Senaru. -CARI
24

Bagus
20

Marah
21

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 30-7-2018 01:42 PM
allahuakbar. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. sedih baca. and rinjani ni 1 of the toughest gunung utk ditawan gak. tp view, subhanallah cantik!
Quote moonbug 30-7-2018 08:57 PM
Sedihnya. Gambar tu jadi kenangan terakhir arwah.

Semoga diampunkan dosa-dosanya.
Quote Dildil 31-7-2018 12:16 AM
sedihnya. takziah
Quote EvieWanKenobi 31-7-2018 04:44 PM
Innalillah.. takziah buat keluarganya..
Quote mamahadi 2-6-2021 04:00 PM
Ajal maut tiada yg tahu
Quote Babai 2-6-2021 04:18 PM
Bila kejadian melibatkan kumpulan pendaki ni? Sebelum wabak covid ke ketika sedang wabak covid?
Quote sukacactus 2-6-2021 04:58 PM
Babai replied at 2-6-2021 04:18 PM
Bila kejadian melibatkan kumpulan pendaki ni? Sebelum wabak covid ke ketika sedang wabak covid?

Thread lama ni July 2018
Covid pun tgh dlm peringkat R&D lg kah3
Quote Babai 2-6-2021 05:11 PM
sukacactus replied at 2-6-2021 04:58 PM
Thread lama ni July 2018
Covid pun tgh dlm peringkat R&D lg kah3

Haha siapalah yang pergi naikkan balik thread lama ni.
Quote shernazz 2-6-2021 05:27 PM
Babai replied at 2-6-2021 05:11 PM
Haha siapalah yang pergi naikkan balik thread lama ni.

Beginner naikkan thread ni
Iols takajut jugA tadi

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.235019 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top