Churros adalah makanan ringan yang mudah didapati di kalangan masyarakat Sepanyol. Membuatnya bukanlah sesukar disangka. Kalau bosan makan jemput-jemput atau cekodok untuk minum petang, jom beralih kepada churros pula! Ikuti cara mudah di bawah ini yang diolah dari resipi mudah disediakan Kelly Senyei di laman sesawang Justataste. Bahan-bahan: Churros (anggaran 10-12 batang) 1 cawan tepung gandum 1 cawan air 2 sudu besar mentega atau marjerin ½ cawan gula 1 sudu kecil esen vanila (sekiranya mahu)
½ sudu kecil garam Minyak masak untuk menggoreng Salutan Churros 3 sudu besar gula kastor 3 sudu kecil serbuk kulit kayu manis Sos Churros ½ cawan cip coklat gelap (dark chocolate chip) ½ cawan krim atau Sapuan Hazelnut Nutella Cara-cara: 1. Campurkan air, mentega, gula, garam dan esen vanila (jika mahu) ke dalam periuk dengan api kecil atau sederhana. Kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga mendidih. 2. Sebaik mendidih, tutup api. 3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Dengan perlahan, gaul sebati sehingga adunan menjadi doh yang membentuk seperti sebiji bola dan tidak melekat di tangan. 4. Biarkan seketika agar doh menjadi sedikit sejuk. 5. Dengan api sederhana, panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali setelah doh boleh dipegang. 6. Boleh cuba salah satu cara ini untuk menggoreng churros: a. Menggunakan piping bag yang tahan lasak beserta muncung bentuk bintang, masukkan doh ke dalamnya. Picitkan bag sehingga doh keluar, dan potong doh apabila panjangnya mencecah sejengkal. Lakukan ini terus ke dalam minyak panas (Hati-hati!) b. Ambil sejemput doh dan gulungkan di antara kedua-dua tapak tangan sehingga memanjang. Menggunakan garfu, carik bahagian luar churros secara memanjang dengan berhati-hati. Masukkan ke dalam kuali. 7. Ulang beberapa kali Langkah 6 sehingga kuali penuh. Terbalikkan churros apabila ia bertukar menjadi perang. Angkat apabila telah masak. 8. Untuk salutan churros, gabungkan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis. Gaulkan churros dengan salutan ini. 9. Untuk sos coklat, cairkan cip coklat dengan menggunakan kaedah double boiling. Apabila cip coklat telah cair sepenuhnya, tambahkan krim dan gaul sehingga sebati. Sos ini boleh dinikmati dengan mencelup churros ke dalamnya, ataupun dengan menuang sos ini ke atas churros. Sebagai alternatif, sos coklat ini boleh juga digantikan dengan sapuan Hazelnut Nutella. Selamat mencuba! - CARI Sumber: Kelly Senyei - Justataste |
shernazz replied at 2-8-2018 05:01 PM
Sedapkah?
Iols ni skeptikal sket la ..hahaha
sarahmirza replied at 2-8-2018 05:13 PM
Nama melayunya chakoi kot.. ntah tak reti eja
Rasa tepung kalau makan begitu aje..
myakayina replied at 2-8-2018 05:35 PM
mmg kena guna piping bag tu ke? uli panjang2 tak boleh ek? tak jadi la churrosnya ye tak?
beldandy replied at 6-8-2018 12:52 PM
sedap.
I selalu buat
shernazz replied at 6-8-2018 02:14 PM
Oo ye ke...
Sosncoklat mmg.mcm.tu ek.resipi dia?
Nnt nak try la
ADVERTISEMENT