Berikutan 1 September ini kerajaan bakal melaksanakan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu roti canai dan teh tarik turut akan dikenakan cukai.
Ini kerana restoran India Muslim atau lebih terkenal dengan nama “restoran mamak” berada di bawah kategori penyedia perkhidmatan dalam sistem cukai tersebut. Memetik laporan The Malaysian Insight, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mengesahkan semua penyedia perkhidmatan yang memperoleh hasil pendapatan tahunan RM500,000 wajib dikenakan cukai tersebut. Menurut presidennya Ayub Khan Muhamad Yakub , semua gerai dan restoran mamak yang berpendapatan tahunan mencecah RM500,000 dikehendaki bayar cukai SST. "Ini bermakna semua kedai mamak di bawah Presma dikenakan cukai berkenaan kerana kami termasuk dalam had itu. Malah beberapa gerai mamak di kawasan terbuka pun terpaksa kenakan cukai SST kerana ada sesetengahnya boleh dapat lebih daripada RM1,300 sehari." Bagi sistem cukai SST yang lama, had bagi penyedia perkhidmatan seperti restoran ditetapkan pada RM3 juta, bermaksud semua restoran mamak terkecuali. “Kami akan hantar memorandum kepada kerajaan minggu ini, supaya kedai mamak dikecualikan daripada SST baru. Sebab 80% daripada pelanggan kami berpendapatan rendah.” “Biarlah restoran di hotel-hotel dan restoran mewah yang kenakan cukai SST ini, sebab yang makan di sana orang-orang kaya.” Menurut laman sesawang rasmi Jabatan Kastam, restoran tersenarai sebagai penyedia perkhidmatan yang dikehendaki mengenakan cukai SST. Rang undang-undang SST dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu depan, manakala sistem cukai itu dijadualkan bermula pada 1 September. Presma mempunyai 4,000 ahli di seluruh negara. - CARI
|
14
Bagus |
24
Marah |
17
Terkejut |
18
Sedih |
8
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
leylapple replied at 27-7-2018 12:02 PM
apahal pulak kedai mamak nak cas SST, SST hanya pada pengilang...
kedai mamak tu kilang ker?
jcopy replied at 27-7-2018 12:07 PM
hahahahhahha
sst hanya pada pengilang je???
leylapple replied at 27-7-2018 12:08 PM
nie sapa pulak yang bangang nie? lava salin kulit?
leylapple replied at 27-7-2018 12:02 PM
apahal pulak kedai mamak nak cas SST, SST hanya pada pengilang...
kedai mamak tu kilang ker?
palmolive replied at 27-7-2018 12:14 PM
rakyat malaysia nak boikot? haha..
nak bayar tol pun berebut
ADVERTISEMENT